28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Warga emas maut, isteri cedera ditetak gadis murung

MUAR – Seorang lelaki warga emas maut, manakala isterinya cedera setelah ditetak seorang gadis dipercayai mengalami kemurungan, di sebuah rumah di Kampung Parit Kerinchi, Bukit Gambir, Ledang hari ini.

Mohd Reduan Haron,73, yang cedera parah di kepala dan bahagian belakang disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Isterinya Juriah Dimiyati, 61, yang menerima tiga tetakan di bahagian kepala dimasukan ke hospital yang sama dan keadaannya dilapor stabil.

Difahami kejadian berlaku pukul 10 pagi, apabila gadis yang berusia 22 tahun itu datang dan menendang pintu rumah pasangan warga emas berkenaan sebelum menjerit mengatakan seorang lelaki mahu merogolnya.

Suspek yang berasal dari Kampung Sawah Ring dan tinggal bersama kakaknya di kampung itu sejak tiga hari lepas, kemudian mencapai dua bilah parang dan melibas ke kiri dan kanan sambil menjerit-jerit.

Mohd Reduan cuba merampas parang terbabit namun berjaya dielak suspek yang kemudian bertindak menetak mangsa bertubi-tubi sebelum menyerang isteri mangsa sebelum diselamatkan jiran yang terdengar jeritan mereka.


“Sebelum kejadian kami ada terdengar dia menjerit-jerit di rumah kakaknya yang selang tiga buah rumah dari kami,” kata Juriah ketika ditemui di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang Supt Harun Idris mengesahkan kejadian dan berkata suspek ditahan polis tidak lama selepas itu.

Suspek dipercayai mengalami kemurungan sejak empat tahun lepas dan tidak pernah mendapat rawatan, katanya ketika dihubungi.

Siasatan awal mendapati suspek yang dikurung dalam sebuah bilik di rumah kakaknya berjaya meloloskan diri menerusi tingkap sebelum menuju ke rumah mangsa, katanya.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan