Warisan nafi khabar angin tinggalkan Pakatan Harapan - pakdin.my

Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan khabar angin kononnya parti itu meninggalkan rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) seperti kenyataan tular di media sosial sejak kelmarin.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua berkata kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memecah-belahkan kerjasama PH Plus.

“Untuk rekod, Warisan tidak pernah berada dalam gabungan PH sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lagi.

“Bagaimanapun, pendirian Warisan konsisten untuk bekerjasama dengan PH sehingga sekarang digelar PH Plus,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Justeru, katanya Warisan meminta penyokongnya agar tidak mempercayai berita palsu tersebut. — Bernama

UTAMAWarisan nafi khabar angin tinggalkan Pakatan Harapan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium