26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir

TAWAU — Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerjasama itu boleh dicapai sekiranya agenda parti baharu itu selari dengan perjuangan parti mengenai rakyat dan Sabah.

“Asalkan landasan perjuangan sesebuah politik itu selaras dengan apa yang kita lihat dalam penentuan hak-hak di Sabah, kepentingan rakyat serta dasar-dasar yang kita perjuangkan,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan penyerahan lot penempatan mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Otentik serta penyerahan geran tanah di daerah Tawau dan daerah Kalabakan di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian semasa mengulas pengumuman Tun Mahathir semalam mengenai penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Pada majlis hari ini Mohd Shafie menyerahkan 318 geran tanah di daerah Tawau serta Kalabakan, selain menyampaikan 67 lot penempatan kepada mangsa kebakaran tahun lepas di Kampung Tanjung Batu Otentik. — Bernama

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan