Warkah Keluar DAP Oleh Lim Han Long - pakdin.my

dap-roket-patah

Untuk DAP:
Diterjemah dari SinChew

Saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari DAP. Kandungan surat saya ini telah dihantar melalui e-mel kepada DAP namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumbalas. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dari mereka yang lebih tinggi di dalam parti untuk membaca pandangan saya ini maka saya telah memutuskan untuk menerbitkan surat ini.

Saya pada mulanya tertarik dengan ucapan politik Tony Pua lalu menyertai DAP. Malah pada pilihan raya umum “505” yang lalu, saya telah menawarkan diri untuk menjadi penyelia PACABA.

Pada masa itu saya merasakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP adalah hebat, ideologi parti itu boleh terpakai untuk memerintah negara ini lalu saya memberikan sokongan penuh saya.

Selepas kontroversi roket vs. bulan, saya mula kecewa dengan kebijakan politik DAP. Ianya bukan lagi seperti parti yang saya dokongi sewaktu awal-awal dahulu. Bukan semua orang adalah seperti Tony Pua yang saya hormati dan kagumi.

Sebab saya keluar dari parti adalah seperti berikut:

1. Imej Politik Yang Buruk

Saya tidak menolak hakikat bahawa laporan media sememangnya berat sebelah. Namun demikian pemimpin tertinggi seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga telah menjadi semakin angkuh. Hakikat ini bukanlah tanpa asasnya.

Sebagai contohnya dalam kes untuk berpisah dari PAS baru-baru ini, saya tidak bersetuju dengan pendirian DAP yang sebenarnya menambah lebih banyak minyak ke dalam api. Bekerjasama dan berpisah adalah sesuatu yang lazim dalam politik. Kesatuan Pakatan Rakyat yang mengutamakan kebijakan politik untuk menjadikan Malaysia lebih berintegrasi sepatutnya menjadi satu keutamaan.

Malangnya pada masa-masa kritikal seperti ini, tanpa mengambil kira prestasi pemimpin DAP dari Malaysia Timur atau Malaysia Barat, apa yang saya lihat hanyalah lautan api dan bukannya ketelitian pertimbangan yang dibuat secara matang. Bagaimanakah pemimpin seperti itu kelak memerintah negara?

2. EQ Politik yang Lemah

Hadi Awang berkata ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai agenda mereka sendiri. Ini adalah sesuatu yang masyarakat sedia maklum sebenarnya. Objektif umum Pakatan Rakyat adalah untuk menentang hegemoni dan rasuah. Cadangan PAS agar mencari titik persamaan dalam perbezaan sebenarnya adalah platform yang terbaik. Namun DAP terus mengambil sikap “sama ada anda rakan saya atau musuh saya” di atas perbezaan impian di antara parti lalu memilih untuk menyerang PAS sebelum muktamar. Tindakan untuk bermusuhan dan bersengketa bolehlah disamakan dengan tindakan untuk memutuskan kerjasama. Sekiranya kumpulan konservatif di dalam muktamar PAS hanya menerima penghinaan itu tanpa sebarang tindakbalas maka pastilah mereka ini adalah golongan yang tidak berguna. Maka terjadilah pengumuman PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Seseorang tidak boleh terus menerus berlagak seperti Lone Ranger. Sesungguhnya pa yang berlangsung ketika ini tidaklah berlaku dalam sekelip mata.

DAP bertanggungjawab kerana menyebabkan Pakatan Rakyat runtuh. Jadi bagaimanakah pihak itu menangani isu-isu nasional yang lebih besar dan konflik pada masa akan datang?

3. Keupayaan Politik Yang Rendah

Saya bersetuju dengan bantahan kuat DAP terhadap pelaksanaan undang-undang hudud. Tetapi selepas membantah, apakah wujud rundingan, penerimaan dan pemahaman? Sebelum kerjasama Pakatan Rakyat wujud, semua orang jelas tentang agenda PAS. Ini adalah bom masa yang cuma menunggu untuk meletup. Sekarang bom ini telah meletup. DAP tidak pula mencari penyelesaian alternatif. Maka bolehlah saya andaikan bahawa:

1. DAP telah mengetahuinya sejak dari mula lagi tetapi tetap meneruskan kerjasama untuk memancing undi.

2. Saya kecewa dengan keupayaan politik DAP. Tidak disangkal bahawa Hadi dan Umno saling mengintai peluang kerjasama di antara satu sama lain. Di dalam suasana hubungan yang tegang, DAP terus mencadangkan konsep baru Pakatan Rakyat. Ianya bukan sahaja menamatkan harapan dan masa depan Pakatan Rakyat malah memungkinkan penggabungan Umno dan PAS. Saya sama sekali tidak menyangka bahawa pimpinan
tertinggi DAP sebegitu pendek akal.

4. Budaya Politik Yang Buruk

Budaya berseteru dengan menggunakan kritikan-kritikan keras dan membuat kenyataan melulu sudah berakar umbi di kalangan pemimpin kanan DAP. Ianya seperti menggalakkan penyokong DAP untuk bersikap seperti perusuh politik di ruang siber, menghentam sesiapa sahaja yang mengkritik DAP. Jika anda duduk di kedai-kedai kopi di bandar-bandar kecil maka anda akan bertemu dengan golongan tua yang amat tidak berpuas hati dengan gelagat pemimpin-pemimpin DAP. Saya berpendapat pemimpin-pemimpin DAP di barisan hadapan tidak mempunyai model budaya politik yang baik dan ada pula pemimpin parti dan ahli-ahli yang angkuh dan bersikap buruk. Mengambil pepatah terkenal MCA: kepala ikan sudah busuk. Maka di manakah jalan untuk menukar kerajaan?

Dengan momentum 505 yang telah pudar maka itulah cabaran sebenar kepada Pakatan Rakyat. Saya berharap apabila anda memadamkan anama saya daripada senarai ahli, anda akan mengambil perhatian serius terhadap empat komen khusus ang telah saya bangkitkan.

Terima Kasih

Lim Han Long

UTAMAPOLITIKWarkah Keluar DAP Oleh Lim Han Long

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium