Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

WHO Puji Malaysia Kerana Sedia Kemudahan Kesihatan Termampu Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Malaysia mendapat pujian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa negara lain kerana menyediakan kemudahan kesihatan termampu kepada rakyat dengan hanya mengenakan bayaran minimum RM1 setiap rawatan di semua hospital dan klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan memperuntukkan RM14 bilion ke RM16 bilion setiap tahun meliputi 98 peratus daripada jumlah keseluruhan kos memberi khidmat rawatan perubatan kepada orang ramai.

“Khidmat hospital awam banyak mendapat subsidi kerajaan sehingga 98 peratus daripada jumlah belanjawan penjagaan kesihatan, sementara pesakit hanya menanggung kos dua peratus sahaja,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Liow berkata Kementerian Kesihatan kini memperolehi balik hanya tiga peratus sahaja daripada belanjawan mengurus menerusi bayaran, satu jumlah yang yang lebih lebih rendah berbanding sistem penjagaan kesihatan di negara Eropah.

Katanya, dengan adanya peruntukan sedemikian, rakyat Malaysia mampu mendapat rawatan dalam wad hospital dengan bayaran kurang RM500, tidak kira tempoh menerima rawatan, sementara golongan miskin pula dikecualikan bayaran.

Liow berkata sejak 1970 kerajaan telah memberi subsidi untuk penjagaan kesihatan awam mengenakan RM1 setiap kunjungan ke klinik pesakit luar, RM5 klinik pakar dan RM50 untuk rawatan di wad kelas tiga hospital.

“Dengan jumlah yang terpaksa ditanggung kerajaan, subsidi masih diteruskan dan tidak berubah sejak 1970an,” kata beliau.

Katanya, berdasarkan kajian oleh perunding pada tahun 2000, kos bagi perundingan ambulatori di hospital pakar swasta (termasuk purata khidmat pemberian ubat dan makmal berkait dengan kunjungan) adalah RM91, sementara kos purata rawatan dalaman adalah sebanyak RM1,091.

“Sebagai perbandingan bayaran dikenakan hanyalah RM1 dengan menggunakan kemudahan kerajaan,” katanya.

Liow menyatakan usaha kerajaan ini telah menyumbangkan kepada penambahbaikan kepada penjagaan kesihatan, menghasilkan tempoh jangka hayat meningkat daripada 56 kepada 72 tahun bagi lelaki dan 58 kepada 77 bagi wanita.

Berkaitan