'WSJ guna tajuk selamat kerana tak boleh buktikan dakwaan' - pakdin.my

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) memilih tajuk yang “selamat” dalam dakwaan terbarunya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mereka tidak mempunyai bukti untuk menyokong laporannya itu, kata wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan.

“Perhatikan bagaimana editor WSJ memilih tajuk ‘selamat’ untuk melindungi akhbar itu sekiranya ia dibawa ke mahkamah oleh perdana menteri Malaysia,” katanya dalam blognya Rocky Bru hari ini.

WSJ dalam laporannya yang bertajuk ‘1MDB Scandal: Deposits in Malaysian leader’s accounts said to top US$1 billion’, mendakwa deposit ke dalam akaun bank peribadi Najib berjumlah lebih daripada AS$1 bilion.

“Jika WSJ benar-benar serius mengenai kewartawanan, ia akan menggugurkan perkataan ‘said’ atau ‘dikatakan’ dan terus menamakan Najib.

“Jelas sekali ia tidak boleh kerana tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk menyokong dakwaan itu,” kata Ahiruddin.

Dana AS$1 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun perdana menteri , juga termasuk AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang menurut Najib dan pihak berkuasa Malaysia sebagai sumbangan politik.

WSJ juga mendakwa bahawa sebahagian besar wang AS$1 bilion itu berasal dari 1MDB, dan bukannya dari Arab Saudi.

Mengulas lanjut, Ahiruddin menasihatkan rakyat Malaysia untuk meneliti artikel WSJ itu sebelum mempercayai semua yang mereka baca.

“Rakyat Malaysia yang menerima laporan negatif WSJ mengenai negara sendiri dan perdana menteri sebagai kebenaran harus cuba ‘google’ dan lihat beberapa artikel akhbar tersebut yang melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara penyangak.

“Awak akan perasaan: bahawa ini bukan kali pertama WSJ menuduh perdana menteri Malaysia mencuri wang berbilion ringgit,” katanya.

Menurutnya, pada tahun 1998, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim digulingkan sebagai timbalan perdana menteri, WSJ mendakwa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pencuri.

Ahiruddin berkata Mahathir tidak  menyaman WSJ kerana adalah jelas bahawa akhbar itu menyebelahi Anwar.


Media statement by 1Malaysia Development Berhad Issued on 01 Mar 2016
Response to Wall Street Journal

1MDB has consistently maintained that it has not paid any funds to the personal accounts of the Prime Minister.

This has been reiterated by multiple lawful authorities including the Malaysian Anti-Corruption Commission, the Malaysian Attorney General, and various reputable international publications, who have confirmed that these funds came from Saudi Arabia.

Despite this, the Wall Street Journal continues to repeat the same disproven allegations. However, not once has the publication offered any conclusive evidence to support its claims, with the only justification for their continued attacks being information that they claim to have obtained from unnamed and anonymous sources.

This reliance on anonymous sources, who may or may not exist, betrays a lack of basic journalistic standards on the part of the Wall Street Journal and the fact that the publication has lost all semblance of balanced reporting.

UTAMAEDITORIAL1MDB'WSJ guna tajuk selamat kerana tak boleh buktikan dakwaan'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium