WSJ Jadi Perantara Kempen Anti-Najib – Rahman Dahlan - pakdin.my

Akhbar ‘The Wall Street Journal’ (WSJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat terus menjadi alat perantaraan kempen anti-Najib, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Walaupun dibuktikan tidak benar sebelum ini dan sekali lagi ia melancarkan satu lagi serangan yang penuh dengan ketidaktepatan,” katanya ketika mengulas dakwaan terbaru WSJ terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung wang RM2.6 bilion dilaporkan disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Abdul Rahman berkata: “WSJ mendakwa pegawai-pegawai Arab Saudi – yang tidak dinamakan – telah berkata bahawa menteri-menteri kewangan dan luar negara itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai derma dalam akaun perdana menteri.

“Namun pada hakikatnya, Menteri Luar Arab Saudi sendiri secara terbuka berkata bahawa dana dihantar kepada perdana menteri dari Arab Saudi – seperti disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali susulan siasatan menyeluruh.

“Siapa yang patut kami percaya – Menteri Luar Arab Saudi atau pegawai-pegawai tanpa nama…seperti hampir setiap sumber lain dipetik oleh WSJ, sama ada tiada nama dan tidak diketahui. Bagaimana kita tahu orang-orang ini wujud?,” tanya beliau.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tidak syak bahawa WSJ akan terus membuat tuduhan palsu dan beliau yakin bahawa rakyat akan melihat pembohongan mereka itu.

Menurutnya kempen anti-Najib bermotifkan politik itu gagal tahun lepas dan ia tidak akan berjaya sekarang.

Awal hari ini, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengulangi dalam kenyataan bahawa ia tidak sama sekali menyalurkan sebarang dana ke dalam akaun perdana menteri.

UTAMAPOLITIKWSJ Jadi Perantara Kempen Anti-Najib - Rahman Dahlan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium