Statistik Corona

Malaysia
2,198,235
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
1,989,509
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
183,289
Active
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
25,437
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Global

All countries
232,528,287
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
All countries
207,424,432
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
All countries
4,760,548
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Xiaomi Lancar Telefon Pintar Mi3 Di Malaysia

Telefon pintar Mi3
Telefon pintar Mi3

Xiaomi Inc yang berpangkalan di China, melancarkan telefon pintar terbaharu dan paling pantas – Mi3, di Malaysia dan boleh didapati di pasaran mulai Jumaat di laman web rasmi Xiaomi.

Presiden dan Pengasas Bersama Xiaomi, Bin Lin berkata, syarikat menggunakan harga yang lebih rendah sebagai strategi untuk bersaing dengan pengeluar telefon pintar premium seperti Apple dan Samsung.

“Kami menawarkan telefon pintar berpretasi tinggi kepada pelanggan-pelanggan kami tetapi pada harga yang lebih rendah berbanding jenama lain,” kata Lin pada pelancaran Xiaomi Mi3, di sini, Khamis.

Mengenai sasaran pertumbuhan dan bahagian pasaran, Lin berkata syarikat tidak mempunyai sebarang unjuran dan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha menambah baik produk dan perkhidmatan untuk memberikan pelanggan pengalaman jenama yang terbaik, dan juga untuk meningkatkan kadar pengeluarannya.

Xiaomi Malaysia kini mempunyai empat pusat perkhidmatan pihak ketiga di seluruh negara iaitu di Kelantan, Perak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Kami merancang untuk membina pusat Xiaomi kami di Malaysia dan juga gudang di sini tetapi bergantung kepada permintaan daripada pelanggan di sini,” katanya.

Peranti Mi3 itu berharga RM889 dengan 4,000 unit dijual sebagai kumpulan pertama di Malaysia bermula dari esok, manakala kumpulan kedua akan menyusul dalam tempoh lima hingga tujuh hari selepas pelancaran esok.

Syarikat itu mempunyai rancangan untuk melancar beberapa produk di Malaysia tidak lama lagi bagi mengukuhkan kehadirannya di negara ini termasuk Redmi 1S, Mi Pad, Mi Box Pro, Mi WiFi Mini dan MiTV2, televisyen definisi tinggi yang akan dilancarkan antara Jun tahun ini dan awal tahun depan.

Mengenai strategi pemasaran Xiaomi, Lin berkata syarikat itu menggunakan strategi pemasaran internet dan melalui rangkaian sosial seperti yang berlaku di peringkat global, dan ini akan dilaksanakan juga di Malaysia.
“Syarikat itu menyasar untuk menarik pengguna muda dewasa terutamanya pelajar kolej kerana mereka merupakan pembeli e-dagang yang banyak,” kata Lin.

Berkaitan