Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri menyantuni golongan memerlukan - pakdin.my

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hari ini mengenepikan protokol berangkat menyantuni golongan yang memerlukan di Kuantan, Pahang.

Seri Paduka Baginda berdua berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Tuan Azmi Tuan Hassan di Kampung Bukit Kuin 2, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada dua lagi keluarga di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing dan Kampung Bukit Kuin 1, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua mencerminkan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kebajikan golongan-golongan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.

Daulat Tuanku.

Reposted from @istana_negara

UTAMABERITAYang di-Pertuan Agong dan Permaisuri menyantuni golongan memerlukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium