30.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Yang DiPertua Negeri Ajak Rakyat Sabah Berdiri Teguh Bersama Kerajaan

KOTA KINABALU — Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mengajak rakyat negeri ini menyokong dan berdiri teguh bersama kerajaan masa kini yang terbukti membawa pelbagai kejayaan dan kemakmuran di negeri di bawah bayu ini.

Juhar berkata kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang dinamik membawa pelbagai kejayaan kepada Sabah untuk terus membangun dengan pesat dalam pelbagai bidang.

“Projek Koridor Pembangungan Sabah (SDC) berjaya raih pelaburan tinggi sejak dilancarkan pada 2008 dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 juga mampu meningkatkan sosioekonomi Sabah melalui penyertaan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan dan sektor korporat,” katanya ketika berucap pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena hari jadi rasmi beliau ke-59 di Istana Negeri di sini Sabtu.

Juhar percaya kerajaan negeri mampu melaksanakan semua agenda pembangunan yang sistematik dalam menjayakan GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi merealisasikan wawasan mencapai status negara maju menjelang 2020.

Beliau menyeru rakyat mengelakkan permusuhan yang boleh membawa musibah selain menguatkan perpaduan dan memperkukuhkan jati diri ke arah pembangunan nasional gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada istiadat itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang, Dr Joachim Gunsalam mengetuai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat negeri dengan anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Turut menerima anugerah PGDK ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Mohd Harun Abdullah, Pengarah Hidupan Liar Sabah, Laurentius Nayan Ambu dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah Hashim Paijan.

Penerima Jaksa Pendamai (JP) ialah Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abdidin Madingkir dan Lee Pong Choi.

Terdahulu, Juhar menyampaikan darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ kepada isterinya, Toh Puan Norlidah RM Jasni pada majlis berasingan.

Seramai 905 orang disenaraikan penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri tahun ini yang biasanya disambut pada 16 Sept.

Bagaimanapun, sambutannya diadakan pada Sabtu pertama bulan Oktober sejak tahun lepas apabila tarikh 16 Sept diisytiharkan sebagai cuti Hari Malaysia.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...