30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Yang Tidak Malu, Sebenarnya Adalah Mahathir

Dalam entri terbaru blog Pengerusi parti bunga, Mahathir ada menulis artikel bertajuk ‘Tak Malu’. Mahathir buat cerita karut menuduh golongan tertentu sebagai kononnya tidak malu.

Telunjuk lurus, kelinking berkait. Yang menuding satu jari, empat jari lagi kena pada tuan badan yang menulis.

Sebenarnya, orang yang tidak malu dalam cerita ini ialah Mahathir yang sudah terlalu tua, tapi masih tidak malu pada rakyat. Terlalu kemaruk pada kuasa demi terus mengenyangkan kroni kroninya.

“Saya akan bersara sebagai orang tua yang baik. Saya akan menghabiskan masa untuk beribadat kerana zaman saya sudah berlalu. Saya perlu membuat persediaan untuk hari akhirat” kata Mahathir dalam Utusan Malaysia pada 21 Jun 1999.

Hari ini, sesudah 18 tahun, Mahathir kena malu dengan ayat yang dia sendiri pernah ungkapkan. Mahathir bukan jadi orang tua yang baik pada hari ini, malah menjadi orang tua yang banyak membuat masyarakat keliru, marah dan sakit hati dengannya.

Mahathir kena malu pada ayat ayat dia sendiri. 18 tahun lepas, dia kata Anwar peliwat dan tidak layak jadi PM. Kini, Mahathir sudah iktiraf Anwar sebagai layak menjadi PM dalam The Guardian UK pada 7 Julai 2017.

Dulu Mahathir kata Kit Siang bapak rasis. Mahathir dalam video berdurasi 3 minit 31 saat ketika berucap semasa kempen PRU13 di Shah Alam, dengan lantang menyebut “Kit Siang adalah rasis, Kit Siang adalah pelampau perkauman”.

Apakah Mahathir ingat orang sudah lupa dengan semua kata katanya itu? Anwar yang dikata peliwat itu kini menjadi “boss” Mahathir dalam Pakatan Harapan. Mahathir pula yang jadi Timbalan kepada Anwar sekarang.

Kit Siang yang dikata rasis itu juga adalah “big boss” Mahathir dalam Pakatan Harapan. Kerana hendak kuasa, Mahathir kena tunduk dan gadai semua kata katanya yang dulu kerana mahu bersekutu dengan DAP.

Mana ada orang tua yang sanggup mengaku dirinya sebagai “anjing” atau “Top Dog”. Sampai sanggup samakan diri dengan binatang. Orang yang tidak malu sahaja yang sanggup buat begitu.

Pasa pertengahan 2015, Mahathir buat tuduhan berkaitan hal 1MDB,  Mahathir kata ada sejumlah RM42 bilion dicuri dari 1MDB. Entah apa sebabnya, Mahathir tukar angka jadi RM26 bilion pulak selepas itu.

Akhirnya pada 11 Oktober 2015, Mahathir mengaku dia tidak ada bukti terhadap tuduhannya pada Datuk Seri Najib. Jadi jelaslah apa yang Mahathir tuduh itu tiada asas.

Ayat perompak dan pencuri yang digunakan Mahathir sekadar ayat politik sahajalah, kerana Mahathir sudah mengaku dia tiada bukti.

Bukti paling besar ketika ini, ialah apabila Mahkamah di London membuat keputusan bahawa tiada bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan adalah korup.

Tindakan Editor Sarawak Report, Claire Brown yang menjadikan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai mangsa fitnah besar-besaran pembangkang juga membuatkan Mahathir sudah malu besar.

Mahathir malu besar juga kerana tidak mampu hendak jadi hero membantu serta menyelamatkan Claire di London, apabila portal itu kantoi memfitnah dan menipu.

Rasa malu yang tidak tertanggung dek Mahathir lagi ialah apabila beliau nanti bakal berdepan dengan anggota panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjawab soalan berkaitan skandal Forex yang terjadi ketika zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.

Hilang USD$10 billion semasa Scandal Forex, yang ini ada saksi yang masih hidup yang boleh menceritakan kenapa dan mengapa kehilangan wang itu berlaku.

Segala pekung akan terdedah dan siapa dalang sebenar akan diketahui dalam prosiding berkenaan.

Tempoh 21 Ogos 2017 hingga 21 September 2017 menjadi tarikh yang amat menakutkan bagi Mahathir, Anwar dan Kit Siang.

Mungkin atas sebab itulah, Mahathir awal awal lagi sudah lari ke Jepun mencari ilham sebelum bermulanya siasatan RCI Forex ini.

Malu besar Mahathir menanti di penghujung September ini. Mungkin himpunan besar pembangkang yang dicadang pada 14 Oktober nanti di Kuala Lumpur akan bertukar jadi Himpunan Bebaskan Mahathir Dari Penjara.

Kerana sudah malu bertimpa-timpa, Mahathir tulis entri di blognya kata orang lain yang tidak tahu malu dan masukkan hujah-hujah berunsur hasutan serta menuduh kerajaan macam-macam.

Mahathir sebenarnya yang tidak tahu malu.  Dulu kata mahu lepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003 kerana mahu bersama keluarga dan mahu jaga cucu.

Kini sibuk pula hendak jawatan PM kerana mahu beri pada anak sendiri dan meneruskan kekayaan kroni. Inilah sikap tidak sedar diri dan tidak tahu malu sebenarnya.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..
00:02:19

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut kaum ke jawatan-jawatan paling penting Sabah? "Sabah for Sabahans" atau "Sabah...
00:10:49

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan #PRNSabah #RaduTatapRadu #RaduSampaiRata #UndiBN https://youtu.be/hP-TkBhUQPk  

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...