YAPIEM: Fitnah Bulan Ramadhan oleh agen DAP, PAN Sempena PRK Sandakan

Malaysia Insight menerbitkan artikel “Duit Anak Yatim Digunakan Untuk Bayar Kos Guaman Pembantu Najib”

Jika sekadar membaca tajuk ramai ingat pembayaran tersebut merupakan penyelewengan. Seolah-olah duit Yapiem digunakan untuk kepentingan peribadi kumpulan Najib Razak.

Namun dalam laporan tersebut menyatakan “Menurut nota perbincangan tentang perbelanjaan kewangan Yapeim, wang itu disalurkan untuk membayar yuran guaman kepada peguam, yang merupakan penasihat kepada mantan perdana menteri Najib, serta pengarah Yapeim pada tahun 2017.”

Apa maksud ayat berbelit ini?

Fakta sebenar ialah Yapiem bayar peguam bagi menghadapi kes mahkamah antara Yapiem dengan Kemajuan Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Miskin (Pemangkin).

Jika Yapiem dan ahli lembaga pengarah Yapiem yang kena saman pastilah kos guaman akan ditanggung oleh Yapiem. Mereka disaman atas kapasiti tugas dalam Yapiem.

Maka ramailah manusia Islam di negara ini terperangkap dalam agenda agen DAP bernama PAN.

Apa kena mengena Najib Razak dalam hal ini? Tiada! Apakah ada kesalahan penyelewengan? Tiada!

Tidak malukah mereka yang berkongsi dan maki hamun tanpa usul periksa?

PAN**T.

Nota:

1. Kes Yapiem: Ref: https://www.facebook.com/489504844571346/posts/585766194945210?s=1244194023&v=i&sfns=mo

2. Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Yapiem) bukan pemegang amanah harta anak yatim. Ia sebuah Yayasan diwujudkan untuk membantu anak yatim dan orang miskin berdikari, mendapat pendidikan dan memulakan perniagaan.

Tiada kena mengena dengan mana-mana harta pusaka mana-mana anak yatim.

3. Yayasan anak yatim saman Jamil Khir, Yapeim RM20 juta
https://www.malaysiakini.com/news/372687

Oleh Ab Jalil Backer


Comments (3)

  1. Ayob Abu Bakar May 11, 2019 @ 20:24
  2. Harun Abu Bakar May 11, 2019 @ 20:31
  3. AJa Ha May 11, 2019 @ 21:13

Leave a Reply