Sunday - July 25, 2021 @ 08:51
BERITANASIONALYazid Sufaat antara ditahan di bawah akta keselamatan

Yazid Sufaat antara ditahan di bawah akta keselamatan

yazid sufaatKUALA LUMPUR – Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat, seorang lelaki dan wanita ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

“Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan,” demikian menurut kenyataan ringkas itu.

Polis bagaimanapun tidak menyiarkan nama tahanan terbabit.

Namun, difahamkan salah seorang daripada mereka adalah Yazid yang pernah ditahan dibawah ISA pada Disember 2001 kerana didakwa terlibat dengan rangkaian Jemaah Islamiah dan dibebaskan tujuh tahun kemudian.

Seorang lagi lelaki yang ditahan dipercayai pekerja Yazid, dikenali sebagai Mohd Hilmi Ahsin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan aktiviti keganasan dan disifatkan sebagai ancaman peringkat tertinggi.

“Kami percaya mereka ada kaitan dengan aktiviti keganasan,” katanya selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kakitangan kementerian itu.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here