27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

YDP Agong Titahkan Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Ditangguhkan

 

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang secara pengundian yang dibantah hebat pelbagai pihak, ditangguhkan serta merta.

Berikutan itu, kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini berkeras mahu meneruskan pemilihan itu mulai esok,  akhirnya terpaksa akur dengan titah berkenaan.

Keputusan Yang di-Pertuan Agong itu diumum Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Elias Zakaria, petang tadi selepas beliau dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dititah menghadap Sultan Mizan selaku Ketua Agama Islam Pulau Pinang berhubung isu pemilihan jawatankuasa masjid berkenaan, semalam.

Menurut Elias, dalam pertemuan hampir satu jam di Istana Negara itu, baginda tidak memperkenankan pemilihan secara pengundian di masjid.

ELIAS ZAKARIA/YDP MAJLIS AGAMA ISLAM P.PINANG
“Untuk menjaga dan memelihara kesucian masjid itu, Tuanku titah perkenan proses pemilihan masjid di seluruh negeri Pulau Pinang ditangguhkan.”

Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan itu selepas mengambilkira pandangan pelbagai pihak berhubung isu berkenaan sejak dua minggu lalu demi penyatuan umat islam di Pulau Pinang.

Berikutan itu, Jawatankuasa Kariah Masjid bagi kesemua 200 masjid di Pulau Pinang dilanjutkan tempoh sehingga 31 Disember 2012.

ELIAS ZAKARIA/YDP MAJLIS AGAMA ISLAM P.PINANG
“Baginda juga bertitah MAIPP hendaklah bentuk satu jawatankuasa bebas bagi menetapkan tatacara pemilihan jawatankuasa dan ahli perlu diperkenan baginda.”

Elias menjelaskan, jawatankuasa itu juga bebas daripada campurtangan kuasa luar bagi memastikan institusi masjid kekal bersih dan suci serta tidak terpesong daripada objektif asalnya untuk menyatukan ummah.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan