32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

YDP Agong Tolak Permintaan Mahathir Untuk Pecat Najib

20160920-mahathir-agong-deklarasi-rakyat

BARU-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cukup teruja apabila beliau berjaya masuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Bukit Malut yang merupakan Istana Hinggap Rasmi Sultan Kedah.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan kumpulan Mahathir, mereka amat kecewa memandangkan Agong telah menolak permintaan Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan beliau.

Agong dikatakan enggan mencampuri urusan politik. Patutlah Mahathir tunduk terdiam pada masa itu menurut cerita Raja Petra.

Sekiranya Mahathir bersama parti Pribumi ingin meneruskan niat mereka maka ianya perlulah melalui proses Perlembagaan dan Demokrasi sedia ada.

Perlu bertanding secara “gentleman” dalam pilihanraya dan kuasai Dewan Rakyat menerusi undang undang yang sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Kita amat maklum bahawa Mahathir telah berusaha untuk mengadap Agong sejak beberapa bulan yang lepas sehingga beliau menuduh Baginda telah menjadi “tahanan rumah” apabila beliau gagal berbuat demikian.

Bagi Mahathir, fakta beliau dibenarkan mengadap Agong di mana beliau berjaya untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat sudah memberi tanda kemenangan moral kepada penyokong-penyokong beliau.

Enam bulan lalu pada 4 Mac 2016, empat hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno iaitu pada 29 Februari 2016, 45 pemimpin pembangkang dan ahli-ahli (Kempen Anti-Najib) ANC telah menandatangani Deklarasi Rakyat.

Antara pemimpin yang hadir ketika itu adalah Lim Kit Siang, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Zaid Ibrahim, Maria Chin, Ambiga Sreenevasan, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Ling Liong Sik, Sanusi Junid, Mustafa Ali, Mahfuz Omar, dan, sudah tentu, Mahathir sendiri.

Pada 13 Mei 2016, pengumuman telah dibuat bahawa Deklarasi Rakyat telah memperolehi hampir 1.4 juta tandatangan hanya dalam masa dua bulan.

Pada hari yang sama, ia telah diumumkan bahawa Deklarasi Rakyat dengan 1.4 juta atau lebih tandatangan itu akan diserahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kira-kira dua minggu kemudian pada 26 Mei 2016, satu pendedahan dibuat bahawa 900,000 daripada hampir 1.3 juta tandatangan adalah palsu. Azharuddin Othman, seorang pengaturcara komputer bebas, mendakwa dia telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama kepada pergerakan Deklarasi Rakyat.

Sebenarnya Mahathir tahu bahawa dari segi perundangan, beliau tidak boleh menggunakan 1.4 juta tandatangan Deklarasi Rakyat untuk menuntut agar Perdana Menteri disingkirkan.

Perkara yang dilakukan oleh Mahathir dilihat bertujuan untuk mendapatkan “mileage” dalam politik semata-mata. Tambahan pula, tandatangan tersebut amat diragui kesahihannya.

Para penganalisis politik turut berpendapat bahawa Mahathir tahu bahawa penyerahan Deklarasi Rakyat kepada Agong tidak ada nilai seperti penyerahan Petisyen Pembaharuan Pilihan Raya Bersih yang diserahkan kepada Agong pada November 2007.

Nampaknya Mahathir sedang mempermainkan seluruh rakyat Malaysia dan Yang Dipertuan Agong. Namun siapa yang sebenarnya bakal terluka dalam perkara ini? Mahathir sendiri.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...