25.1 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

YDP PAS Rantau Panjang kena tampar

fatah-harun-pas-ditampar

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron membuat laporan polis setelah ditampar seorang lelaki sebelum majlis dialog pemimpin kawasan Rantau Panjang dengan ahli jawatankuasa PAS Peti Undi Banggol Kulim, Kelantan, jam 9.15 Khamis malam.

Beliau yang terpaksa mendapatkan rawatan di klinik memuat naik gambar mukanya yang luka ke Facebook pada Jumaat.

“Perkara ini hendaklah kita serahkan dan berilah peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil apa apa tindakan yang sepatutnya,” katanya yang membahasakan dirinya, AbeTah.

Dalam kejadian itu, keadaan bertukar kecoh selepas selepas Fatah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buku Tuku mengeluarkan pistolnya dan mengejar lelaki yang menamparnya.

Beliau dikatakan mengacukan pistol ke dada lelaki terbabit namun kemudiannya berjaya ditenangkan seorang bekas pemimpin PAS tempatan yang menarik Fatah ke tepi dan bertindak meredakan keadaan.

Insiden dikatakan tidak ada kaitan dengan keadaan politik semasa namun berpunca dari salah faham berkaitan isu pemilikan tanah.

Lelaki yang menampar Fatah dikatakan akan turut membuat laporan polis kerana perbuatan Fatah mengacukan pistol kearahnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.