Youtube lancarkan khidmat setempatnya untuk Malaysia - pakdin.my


..

Smith (kiri) dan Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan.

Para penggemar dan pengguna laman perkongsian video, YouTube di Malaysia kini boleh menjalankan carian kandungan tempatan yang paling releven bagi mereka dengan lebih mudah dan cepat.

Ini kerana, penyedia platform komuniti perkongsian video itu telah melancarkan khidmat setempatnya di Malaysia semalam.

Menurut Pengarah Pengurusan Produk YouTube Asia Pasifik, Adam Smith, pengguna di negara ini kini boleh menggunakan khidmat setempat tersebut dengan hanya memilih ‘Malaysia’ sebagai tetapan lokasi atau melayari www.youtube.com.my .

Smith menjelaskan, pihaknya memutuskan untuk mengadakan khidmat setempat khusus untuk Malaysia berdasarkan trend penggunaan yang semakin meningkat sehingga ada yang kini telah dikenali di peringkat antarabangsa.

“Versi setempat khas untuk Malaysia ini bakal membolehkan lebih ramai lagi bakat tempatan seperti Zee Avi, Yuna, Tenderfist dan Mizz Nina.

“Harapan ini boleh dicapai kerana versi khas ini memudahkan pencipta kandungan dan pengguna tempatan saling berinteraksi serta saling mencari,” jelas beliau.

Bersempena dengan pelancaran YouTube Malaysia, dua syarikat media dan muzik tempatan iaitu Astro dan KRU Studios telah menjalinkan perjanjian perkongsian bagi memudahkan pengagihan kandungan serta meningkatkan jumlah penonton kedua-duanya.

UTAMAGAYA HIDUPYoutube lancarkan khidmat setempatnya untuk Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium