YTL UNTUNG BILION RINGGIT SETAHUN SEBELUM INI, SEKARANG GILIRAN TNB

Untuk pengetahuan pemegang saham TNB adalah Khazanah, KWSP, Amanah Raya, PNB, Tabung Haji dan orang awam dan keuntungan akan dikembalikan kepada rakyat selepas di tolak cukai yang dibayar kepada kerajaan yang juga untuk faedah rakyat.

YTL Power merupakan syarikat yang diberikan kontrak Loji Tenaga Bebas (IPP) oleh Tun Mahathir, yang pertama seumpamanya ketika itu..

Ianya sangat menguntungkan dan keuntungan yang telah dijamin oleh perjanjian konsesi 20 tahun (perjanjian berat sebelah).

Tidak perlu untuk mencari pelanggan kerana pelanggan utamanya adalah TNB yang di paksa membeli tenaga samada digunakan atau tidak.

Di bawah perjanjian itu, klausa “take or pay” bermaksud Tenaga terpaksa membayar tenaga yang YTL menghasilkan sama ada TNB menggunakannya atau tidak.

Petronas juga perlu memberi subsidi gas yang besar kepada YTL – kemudiannya YTL menyaman Petronas RM700 juta kerana Petronas tidak memberi disubsidi gas secukupnya kepada YTL.

Dua loji YTL telah siap dibina pada tahun 1994 dan 1995.

Tahun 1996 merupakan tahun pertama di mana kedua-dua loji beroperasi setahun penuh.

Ianya disenaraikan di Bursa Malaysia pada awal tahun 1997, membuat keuntungan segera berbilion-bilion ringgit.

Lihat keuntungan 1996:
Hasil: RM1.16 bilion
Keuntungan sebelum cukai: RM371 juta
Keuntungan selepas cukai: RM371 juta
Cukai dibayar: RM0
Aset bersih: RM31 juta
Pulangan atas Aset Bersih: 1,190%

1999
Hasil: RM1.25 bilion
Keuntungan Kasar: RM773,571,670
Margin keuntungan kasar: 61%
Keuntungan sebelum cukai: RM641 juta
Keuntungan selepas cukai: RM597 juta
margin Keuntungan bersih: 48%
Cukai dibayar: RM44 juta
Aset bersih: RM31 juta
Operasi Cashflow diterima: RM738,116,778

Jika anda melihat hasil, margin keuntungan dan pulangan atas aset adalah mengejutkan untuk bertahun-tahun, ia juga tidak membayar banyak cukai korporat – terutamanya pada tahun-tahun awal operasi.

Selain dari konsesi yang lumayan, mereka juga telah diberikan beberapa insentif pengecualian cukai yang menarik oleh Mahathir dan Kerajaan ketika itu.

Aliran tunai bersih yang diterima daripada operasi amat mengejutkan!

RM738 juta daripada pendapatan sebanyak RM1.2 bilion!!

Seperti yang dilihat pada carta, konsesi itu begitu lumayan dan mereka tidak terjejas sama sekali oleh krisis Asia pada tahun 1997-1998. Walaupun syarikat-syarikat dan konglomerat besar di sekeliling mereka telah runtuh dan ada yang bankrap, mereka terus membuat keuntungan luar biasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Mereka terus membuat keuntungan selama 20 tahun berturut-turut – sehingga 31 Sept 2015.

Ia pasti satu perniagaan yang diimpikan, itulah sebabnya Francis Yeoh pada ketika itu penah berkata: “I’m making money to the extent of being accused of making too much”

Tidak hairanlah Pengerusi TNB Allahyarham Tan Sri Ani Arope meletak jawatan kerana merasa jijik apabila dipaksa untuk menandatangani perjanjian itu oleh Mahathir. Beliau berkata kos TNB untuk menjana tenaga elektrik ketika itu adalah 8sen seunit tetapi dia telah dipaksa oleh EPU membayar YTL 23sen atau tiga kali ganda kos TNB – dan ini belum di ambil kira pampasan kos bahan api oleh TNB.

Baca disini untuk maklumat lanjut:

Tiga kali ganda lebih daripada harga sebenar! Ini sudah cukup menjelas bagaimana margin keuntuntungan luar biasa yang di perolehi oleh YTL.

20161028-keuntungan-ytl

250 KOMEN

  1. YTL untung dari IPP die. Apa kene mengena dgn untung TNB.
    Ki..ki..ki..
    Untung yg YTL dpt dulu x dpt pun kat TNB. Untung tu dah d sebat olh syarikat dari china.
    Waa..ka..ka.. Yg jadi broker untung lah.
    Ki..ki..ki.. Lawak post ni.

  2. Alhamdulillah ! ! ! Semuanya telah kembali kepada yang berhak.. Al-fateha untuk arwah Tan Sri Ani Arope yang berjuang untuk kepentingan rakyat pada masa itu. Kalau tuan-tuan ada tengok berita semalam… TNB mencatat keuntungan yang tinggi dari sebelum-sebelumnya.

  3. Admin ni x reti analisis chart… klu bodoh jgn kuarkn… klu setakat ikut bar chart tu…bdk sekokah rendah pun dah blh bt… bodoh dungu punya admin…

  4. Ceh.. Bila nk naik bil katanya tnb kerugian berbilion lion.. Dah naik pn still kata rugi. Tp cukup tahun announce untung berlilat lipat lionnn.. Cakap x serupa bikin.. Ada jgk yg sokong lg. Alahai macai abadi

  5. Penderitaan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup tak boleh disangkal dgn cara begini….tak ada gunanya TNB untong berbiliion-billion kalau ianya tak dapat meringankam beban rakyat…..

  6. Bila kali terakhir tarif elektrik naik? Bertahun dulu. Daripada bagi kepada kroni keuntungan berbilion dengan macam2 perlepasan cukai lebih baik bagi kat TNB yang menyumbang kepada kerajaan untuk pembangunan. Saham TNB dipegang oleh PNB, KWSP, Khazanah.

    • K’jaan DAP betoi2 prihatin. Aku rakyat Penang bangga bila Apek Goo one end naik service charge PBA 100%. Kesian kat apek (bukan org Penang) takdak duit nak bayar jaminan kes bungalow jln pinhorn. Takdak pula puak pakatan haramjadah nak komen.

  7. Lebih kurang macam GST la jugak.. TNB tolong kutipkan untuk kerajaan.. kalau GST, kastam tolong kutipkan… bottom line, kerajaan tak cukup duit.. masalahnya, mana pergi berbillion2 duit kerajaan.. siapa perabiskan? Penyamun dan isteri penyamun i guess..

  8. Kalau boleh semua dia orang nak bolot……pribumi dan bumiputra biar miskin……rumah dlm tangan mereka…..kalau kerajaan tak tangani……org bawah tak ada rumah….buat macam lky di singapore…..pinjaman hdb bukan bank bank Cina…….mati kita bayar interest sampai tua

  9. Kalau kena samun lodge lar polis report Kata kena samun..compile sekali dgn bukti yer.. Klu de video cctv lg membantu siasatan pihak polis..tp takpe klu polis tak buat keje.. Lodge satu lagi report polis kata polis mkn dedak..bg bukti sekali cthnya borang br1m..kalau bukti 2 semua ada tak cukup pergi terjun bunuh diri tp jgn Lupe sblom tu tulislh nota kecil kata sbb bunuh diri ialah sbb tak dpt jwtan tak dpt projek kontrak gomen..slbihnya ko tokok tambahlh yer sbb msa tu jiwa dh melayang..dlm kubur malaikat soal ko.. Bukti mana?.. Masa tu mulut terkunci kitab kanan kiri dibuka seluruh anggota tubuh jd saksi..selamat beribadah kpd semua Muslim..

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini