25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Yuktes Vijay : Mana Alibi Anwar ?

Bekas pembantu peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendedahkan walaupun Anwar pada awal mendakwa mempunyai alibi (individu yang boleh membuktikan tertuduh tiada di tempat kejadian), namun sehingga selesai perbicaraan kes liwat II, tiada seorang pun alibi dikemukakan oleh pihak pembelaan.

Memetik wawancara dengan AIDC, Yuktes mengimbau semula dua individu yang sebelum ini digembar-gembur akan menjadi alibi Anwar.

AIDC : Wan Azizah dijadikan alibi sedangkan Wan Azizah tiada di tempat kejadian dan berada di rumah?

Ya. Dia masukkan dalam alibi witness. Ada 17 nama dalam alibi witness itu. Nama-nama saya tak ingatlah tapi boleh dapatkan dokumen-dokumen itu di mahkamah.

Kalau dilihat pada senarai alibi witness, seorang pun tak dipanggil. Dua nama penting alibi witness tak dipanggil langsung. Hasanuddin, pemilik kondominium itu dan pihak yang bermesyuarat dengan Anwar pada hari kejadian.

Ini yang saya hairan, AG pun tak panggil Hasanuddin. Kenapa AG tak panggil Hasanuddin? Lepas kes itu habis, Datuk Yusof pula terus masuk geng Anwar. Buat perkiraan sendirilah.

AIDC : Sepatutnya Hasanuddin dipanggil jadi saksi di mahkamah ?

Hasanuddin penting. Kondominium itu milik dia. Kawan karib Anwar. Nurul Izzah panggil dia (isteri Hasanuddin) sebagai ibu.

Anak-anak dia (Anwar) panggil ibu. Memang rapatlah. Tapi kenapa Hasanuddin tidak membela Anwar?

Itu soalan saya. Pergi tanya Hasanuddin lah. Saya tak boleh lawan macam ni, kalau semua orang duduk diam dalam sarang mereka sendiri pasal saya tanya soalan-soalan berdasarkan apa saya tahu. Apa yang saya diberitahu. Saya diberitahu oleh orang yang saya percaya dan dipercayai oleh Anwar.

Bila dia (Anwar) guris tangan (signal) saya pun, saya masih tak percaya. Macam suspen-suspen lah juga. Saya tahu semua rahsia Anwar. Saya baca surat-surat yang dikeluarkan. Lima tahun kat penjara satu orang saja jumpa Anwar masa tu, Sankara Nair.

Pendedahan selanjutnya, sila lawati yuktesvijay.officialpage

 

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Komen

..