25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Yuran Pengajian Universiti Awam Antara Terendah Di Dunia

IPTA-Malaysia

Yuran bagi pelajar Malaysia di universiti awam di negara ini ialah antara paling rendah di dunia dengan kerajaan memperuntukkan subsidi sekurang-kurangnya RM16,000 bagi setiap pelajar untuk tempoh pengajian.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang berkata, contohnya pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) membayar yuran sekitar RM2,000 setiap tahun bagi kursus ijazah kejuruteraan dan RM1,500 setahun untuk kursus ijazah perniagaan.

Memandangkan pendapatan isi rumah bulanan purata RM6,141 atau RM73,692 setahun pada 2014, ia menunjukkan bahawa isi rumah di Malaysia membelanjakanhanya tiga peratus daripada gaji tahunan mereka bagi yuran tuisyen di universiti awam,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau mengulas Forum Ekonomi Dunia dan laporan akhbar tempatan yang mendakwa Malaysia ialah negara kelima paling mahal untuk akses kepada pendidikan universiti dalam konteks pendapatan isi rumah.

Menurut laporan itu, yang merujuk kepada 20 universiti awam dan menyatakan bahawa purata isi rumah di Malaysia membelanjakan kira-kira 55 peratus daripada yuran pengajian di universiti awam.

Bagaimanapun, Zaini berkata, kementerian akan terus bekerjasama dengan pertubuhan dan agensi-agensi untuk meletakkan tanda aras termasuk keberkesanan dan kecekapan sistem pengajian tinggi.

“Kita juga akan berkomunikasi dengan Forum Ekonomi Dunia dan agensi-agensi penarafan yang lain untuk memberikan pandangan yang lebih baik dan data yang sesuai bagi memastikan laporan yang tepat dan boleh dipercayai,” katanya.

Menurut Zaini, akses kepada kemampanan kewangan pengajian tinggi adalah keutamaan bagi kementerian untuk memastikan bahawa pengajian tinggi boleh diakses oleh setiap warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Selain itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman pelajaran dengan tambahan untuk pelajar yang mencatatkan pencapaian tertinggi.

Pada 2013 dan 2014, 75 peratus daripada pelajar Malaysia di universiti awam mendapat manfaat daripada pinjaman PTPTN untuk menampung yuran mereka, serta kos sara hidup, katanya.

Katanya, pelajar tempatan juga mendapat manfaat daripada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh yayasan dan agensi kerajaan serta kelayakan bagi biasiswa MyBrain15 bagi semua pelajar lepasan ijazah.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan