Yuran sekolah kekal mansuh tahun depan - pakdin.my

Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan

Pemansuhan yuran persekolahan bagi sekolah rendah dan menengah yang mula dilakukan pada 2012 akan diteruskan bagi sesi pembelajaran tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pelupusan yuran berkenaan adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

“Yuran sekolah tidak perlu bayar, masih kekal (dimansuhkan) sehingga kini, sekali gus membabitkan sesi persekolahan tahun depan, ” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Parlimen Padang Terap kepada 230 pelajar membabitkan peruntukan kira-kira RM53,000.

Pemansuhan yuran persekolahan mula dilaksanakan sejak tiga tahun lalu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkannya melalui pembentangan Bajet 2012.

Mahdzir bagaimanapun berkata, bagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ia tertakluk pada sekolah dan persatuan itu sendiri. Beliau berkata, kementerian tidak mempunyai peraturan berhubung pelaksanaan yuran PIBG yang dilaksanakan atas persetujuan ibu bapa dan sekolah.

UTAMAPOLITIKYuran sekolah kekal mansuh tahun depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium