Zahid bagi ‘hint’ ada lagi dari PPBM akan melompat – UMNO akan terima yang jujur sahaja - pakdin.my

Ahli UMNO usah bimbang. UMNO akan hanya menerima ahli dan pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang benar-benar ikhlas serta jujur kembali ke pangkuan parti.

Seperti biasa setiap permohonan diteliti terlebih dahulu dan setiap sudut diperhalusi termasuk kemungkinan ia suatu `liabiliti atau aset’ kepada UMNO.

Presiden UMNO sama seperti anda tidak pernah melupakan bagaimana sebahagian mereka meninggalkan perjuangan UMNO untuk bersama PPBM.

Kemudian bermuafakat dengan PH/DAP melancarkan fitnah demi fitnah terhadap UMNO serta pimpinannya.

Terlalu rakus mahu merebut kuasa sehingga tiada lagi `halal dan haram’ dalam tutur kata serta perbuatan mahupun kaedah.

Ramai berpendapat terdapat beberapa faktor mengapa ahli dan pemimpin PPBM ini meninggalkan UMNO sebelum atau selepas PRU-14:

  • Pertama berkait kenaifan apabila turut terpedaya dengan dakyah dan tohmahan PPBM ke atas UMNO serta pimpinannya.
  • Kedua membabitkan jiwa kecil ekoran takut berdepan serangan maha zalim kerajaan baharu sejurus UMNO tewas dalam PRU-14.
  • Ketiga mementingkan diri demi mengekalkan keselesaan dan kesenangan hidup seperti yang kita sedang saksikan ketika ini.

Jadi UMNO pastinya sangat berhati-hati dalam menerima sebarang permohonan pimpinan PPBM walau kita berlapang dada dalam perkara ini.

InsyaAllah UMNO tahu yang mana intan dan yang mana kaca, yang mana jujur dan yang mana beragenda songsang mahu kembali ke pangkuan parti.

Justeru Setiausaha Agung PPBM yang kelihatan sangat kurang senang dengan perkembangan itu jangan terlalu khuatir dan risau.

Sebilangan ahli dan pimpinan PPBM merisik peluang kembali kepada UMNO bukan propaganda politik, tetapi UMNO akan terima yang jujur sahaja.

#umnobersamarakyat
#ikhlasdanjujur
#DemiAgamaBangsaNegara

 

UTAMAPOLITIKZahid bagi 'hint' ada lagi dari PPBM akan melompat - UMNO akan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium