ZAHID BERI TAKLIMAT RUU 355 PADA SEMUA WAKIL RAKYAT ISLAM - pakdin.my

Wakil-rakil rakyat Islam Barisan Nasional dan pembangkang akan diberi taklimat berhubung rang undang-undang (RUU) persendirian PAS petang ini.

Taklimat usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, untuk memperkasakan mahkamah syariah, akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jam 5 petang.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan hal-ehwal Islam, akan turut serta dalam taklimat tersebut.

Undangan untuk taklimat tersebut, yang disahkan seorang ahli parlimen PKR, diadakan dua hari sebelum Dewan Rakyat ditangguh minggu ini.

“Ya, saya terima jemputan itu, tetapi saya tidak akan menghadirinya kerana mempunyai komitmen lain,” kata Rafizi Ramli, wakil rakyat Pandan.

Jun lalu, Abdul Hadi membentang RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tetapi dibantah kerana ia dikaitkan dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Namun beberapa pemimpin utama kerajaan dan PAS menafikan pindaan RUU tersebut, juga disebut RUU 355 kerana melibatkan perubahan Akta 355, ke arah pelaksanaan hudud.

20161122-zahid-hamidi-tpm

UTAMABERITAZAHID BERI TAKLIMAT RUU 355 PADA SEMUA WAKIL RAKYAT ISLAM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium