Statistik Corona

Malaysia
2,049,750
Confirmed
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
Malaysia
1,800,278
Recovered
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
Malaysia
227,117
Active
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
Malaysia
22,355
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,181,309
Confirmed
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
Indonesia
3,968,152
Recovered
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
Indonesia
139,919
Deaths
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am

Thailand

Thailand
1,448,792
Confirmed
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
Thailand
1,304,247
Recovered
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
Thailand
15,124
Deaths
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am

Global

All countries
227,827,670
Confirmed
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
All countries
202,749,883
Recovered
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am
All countries
4,684,011
Deaths
Updated on September 17, 2021 03:52 3:52 am

Zahid Ibaratkan Kerajaan PH Macam Tempe

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diibaratkan sebagai tempe kerana cakap yang sentiasa berubah-rubah semata-mata tidak mahu menunaikan janji kepada rakyat selepas menang PRU 14.
Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ini kerana kerajaan baru Pakatan Harapan yang sentiasa tidak konsisten dalam memberikan fakta.

“Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang soya, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat,” selar beliau.

Tegas Zahid, akujanji yang diucapkan oleh mereka di dalam manifesto sehingga kini tidak dilaksanakan.

“Selaku kerajaan baru, sudah pasti mereka akan diperhatikan. Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

“Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST sifar peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga,” ujar beliau dalam majlis berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO dan Yayasan Permai.
Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Zahid, melihat apa yang sedang berlaku dan isu demi isu, pemimpin PH ibarat kera mendapat bunga.

“Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara… ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” ujar beliau.

Selain itu jelas Zahid, kerajaan baru juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

“Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit…. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh

“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh,” jelasnya lagi.

Justeru, beliau berharap agar semua Ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan baru di bawah PH.

“Dalam masa 100 hari kita lihat apa yang akan berlaku. Saya juga percaya sudah berlaku keretakan antara mereka dan membenci satu sama lain,” katanya sambil menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) masih parti terkuat dengan bilangan kerusi parlimen melebihi parti-parti lain.

https://pakdin.my/tag/zahid-hamidi

Berkaitan