Zahid kembali galas tugas presiden Umno selepas bercuti 6 bulan

SELEPAS bercuti selama enam bulan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akhirnya mengumumkan akan kembali mengalas tugas sebagai Presiden Umno berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat sempena genap setahun beliau dilantik menerajui jawatan tersebut.

“Oleh kerana genap setahun dipilih, bukan dilantik oleh perwakilan Umno seluruh negara… 191 bahagian, maka genap setahun ini cukup signifikan, cukup penting kepada saya.

“Oleh demikian, 30 Jun 2019… saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai presiden Umno mulai hari ini.

“Ini bererti mulai hari ini (Ahad), saya akan terus menyanjung tugas sebagai Presiden Umno Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Perak pada Ahad.

Terdahulu, Sebelum ini, bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa Ahmad Zahid boleh kembali menerajui semula parti walaupun tanpa persetujuan pihak lain termasuk MT.

Beliau berkata keputusan itu terpulang ke atas Ahmad Zahid sendiri sama ada mahu kembali meneruskan tugas sebagai kepimpinan utama parti tersebut.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada Ahad menyarankan agar status kedudukan Ahmad Zahid sebagai presiden parti itu dibincangkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Khairy berkata, pihaknya kurang bersetuju sekiranya perkara itu hanya diputuskan Ahmad Zahid sahaja berikutan sepanjang tempoh beliau bercuti, tugas berkenaan telah digalas MT dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tambah beliau sekiranya Ahmad Zahid ingin kembali aktif dalam politik, perkara tersebut sewajarnya perlu dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat MT terlebih dahulu.

Loading...

21 COMMENTS

  1. Maaflah admin.. aku x setuju.. aku lebih setuju tok mat teruskan perjuangan sebagai presiden UMNO.. beliau byk dah buat perubahan dalam UMNO skrg ni.. Keakraban PAS bersama UMNO semakin erat.. kene kekalkan hubungan ni sehingga ke PRU akan datang utk tumbangkan kerajaan PH

  2. Adakah ini kerana Zahid mendapat firasat menduga hayat Tun Atuk sudah hampir ke penghujungnya. Dengan kemangkatan Tun atuk, YDPA boleh memilih PM baru dari kalangan presiden Parti terbesar. Sekiranya lompatan ahli Umno ke PPBM kembali ke UMNO+PPBM+GPS+PAS semula balance kerusi akan jadi tak semestinya Anwar PM ke-8. HarapTun Atuk tinggal wasiat bubar parlimen, baik fight semula PRU baru atau scenario ini

  3. sepatutnya dato seri khalid nordin….k.j…tok mat yg menerajui umno ni sebaik2 nya najib n zahid ni dh patut jdi ahli biasa je tk lyk tuk jdi yg utma dlm umno lgi ….klu ni la kptsan nya baik la sruh tun benamkn trus umno ni…lbh baik…

  4. Mcm mana rakyqt bole jadi jahil lalai dan rugi meyokong pemimpin2 mcm.ni.. kalau nereka dah tak takut kepada Tuhan apa tak lagi rakyat hidup2 dipersyaitankan.. hanya rakyat tidak berilmu n beriman saja mau ikut p3mimpin neraka ni..

  5. Buat yg terbaik dato sri zahid hamidi… Sekarang susah nak nilai.. Ingatkan yg terbaik pd pru 14…tp sebaliknye… Ini la tahap manusia.. Komentar n klentong dah jd darah daging… Yg baik n buruk suah nak nilai…. Silap pilih dpt taikkkkkk…

  6. Aku tetap SETIA bersama UMNO. Baik Tok Zahid atau Tok Mat, personaliti adalah hak masing² tetapi matlamat dan semangat perjuangan tidak boleh sama sekali dikendur atau dikesampingkan.
    Apa yang diharapkan ialah, apa sahaja yang telah diusahakan oleh Tok Mat selama menjalankan tugas selaku Presiden janganlah dirobah lagi. Usaha² murni yang telah Tok Mat laksanakan itu perlu dimantapkan lagi bagi memastikan landasan yang telah digarapkan itu tidak tersalah haluan.
    HIDUP MELAYU!

Comments are closed.