Zahid Nafi Klip Audio Tular Adalah Suara Beliau [Video] - pakdin.my

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan rakaman audio yang tular di media sosial ialah beliau yang didakwa memarahi Pemuda UMNO.

“Itu bukan saya.


 

Lihat video:
https://youtu.be/_7Oqjrvqflg

“Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut.

“Insya-Allah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan dan kekuatan perjuangan kita,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam Twitternya hari ini.

Semalam beredar klip audio  berdurasi 12 saat yang memaparkan kata-kata kesat didakwa adalah suara Zahid.

Antara kandungannya ialah memarahi Pemuda UMNO kerana gagal membela bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diserang, tetapi kini tampil mendesak pemimpin itu meletakkan jawatan.

————–
https://pakdin.my/tag/zahid-hamidi
https://pakdin.my/tag/umno

UTAMAPOLITIKZahid Nafi Klip Audio Tular Adalah Suara Beliau

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium