Zahid Perlu Jelaskan Sama Ada Mahathir Atau Megat Junid Tandatangan Arahan Penahanan ISA - pakdin.my

zahid-hamida-mahathir-isa.jpg

Semalam, anak sulung kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub terpaksa mengadakan sidang media bagi mempertahankan bapanya selepas Allahyarham didakwa sebagai bertanggungjawab menandatangani arahan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid, dalam konteks penahanan ISA, jika benar Allahyarham bapanya yang menandatangani surat penahanan, sudah pasti ia telah mendapat kebenaran dan pengetahuan.

Malah kemungkinan besar ia adalah arahan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri selaku Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri pada ketika itu.

Megat Fairouz memberikan reaksi berkenaan selepas Mahathir dilaporkan menafikan beliau menandatangani perintah tahanan ISA itu.

Mahathir dipetik sebagai berkata, selepas mengambil alih sebagai Menteri Dalam Negeri daripada Tun Musa Hitam pada 1986, yang berkuasa menahan mana-mana individu di bawah ISA, beliau telah menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun Allahyarham berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri di bawah pentadbirannya.

Kedua-dua pihak kini masing-masing mempertahankan diri justeru jalan terbaik bagi menyelesaikannya adalah melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Zahid perlu menjelaskan sama ada Megat Junid atau Mahathir yang menandatangani arahan penahanan ISA.

Bukan sahaja ahli keluarga Megat Junid mahu mengetahui perkara sebenar, malahan rakyat dan tidak terkecuali bekas tahanan ISA dan anggota keluarga mereka juga ingin mengetahuinya.

Untuk rekod, kerana ISA juga, Mahathir telah digelar sebagai diktator dan beliau pernah menahan 106 orang termasuk ahli politik dan aktivis pada 1987 di bawah akta berkenaan.

ISA bagaimanapun telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 September 2011 dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih sesuai.

Tulisan :
Beruang Biru
BB17, Rabu
24 Ogos 2016

UTAMAPOLITIKZahid Perlu Jelaskan Sama Ada Mahathir Atau Megat Junid Tandatangan Arahan Penahanan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium