25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Zahid seru ahli Umno terima kembali rakan terpedaya PRU14

Pengalaman yang diperoleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) seharusnya telah mematangkan parti bagi menghadapi PRU15, kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru katanya ahli dan penyokong tidak sepatutnya “kecundang” lagi dengan muslihat parti lawan.

“Saudara-saudari ahli serta penyokong Umno dan BN sekalian, kita perlu mengakui segelintir kita turut terperangkap dengan helah dan tipu daya politik PRU14.

“Cukuplah apa yang sudah kita lalui sejak 9 Mei 2018. Sejarah mendewasakan. Pengalaman sepatutnya mematangkan,” kata Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN dalam hantaran menerusi saluran Telegram rasminya hari ini.

Beliau juga percaya sebahagian rakyat yang pernah menolak parti berkenaan pada PRU14 telah mula sedar.

“Kini peranan kita ialah berlapang dada sedangkan lidah lagi tergigit. Hulurkan tangan kepada mereka, kembali berpadu atas nama kebenaran,” katanya. — Bernama

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.