Zahid umum Ahli Majlis Tertinggi lantikan dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - pakdin.my

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan juga Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan negeri-negeri.

Menurut Zahid, ini merupakan langkah pertama UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.

“Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden UMNO mengumumkan senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan melantik Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan di negeri-negeri.

“Saya komited untuk merekayasa dan memperjuangkan kepentingan negara bersama dengan jajaran pimpinan baharu UMNO berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan Piagam UMNO seperti terkandung dalam Perlembagaan UMNO sendiri,” jelasnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah beliau, selesainya pemilihan parti baru-baru ini telah memperlihatkan bahawa UMNO kini lebih terbuka dan demokratik.

“UMNO telah melaksanakan pemilihan semua jawatan dalam parti dengan tertib dan lancar bulan lalu.

“Keterbukaan pemilihan ini mencatatkan sejarah pemilihan UMNO sejak 1987 dan memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif untuk semua,” ujarnya.

Berikut adalah senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik bagi memegang jawatan Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Setiausaha Kerja dan juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

SENARAI PELANTIKAN AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI 2018 2021

Setiauhasa Agung: Tan Sri Annuar Musa
Bendahari: Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor
Ketua Penerangan: Datuk Shamsul Anuar Nasarah
Setiausa Kerja: Datuk Mohd Sumali Reduan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi
Datuk Norliza Abdul Rahim – Naib Ketua Wanita Umno
Shahril Sufian Hamdan – Naib Ketua Pemuda Umno
Nurul Amal Mohd Fauzi – Naib Ketua Puteri Umno
Datuk Seri Anifah Aman
Datuk Seri Tajuddin Andul Rahman
Datuk Khusairi Abdul talib
Datuk Johan Abdul Aziz
Datuk Abdul Rahman Mohamad
Datuk Seri Hajiji Noor
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

SENARAI PELANTIKAN BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI 2018 2021

Negeri SABAH
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Datuk Seri Panglima Md Salleh Bin Md Said Keruak
YB Dato Sri Bung Moktar Bin Radin
Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Bin Mulia

Negeri PERLIS
Pengerusi Dato Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
Timbalan Pengerusi YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Setiausaha YB Azizan Bin Sulaiman

Negeri KEDAH
Pengerusi Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom
Timbalan Pengerusi Dato Othman Bin Aziz
Setiausaha Dato Hashim Bin Jahaya

Negeri PULAU PINANG
Pengerusi Dato Musa Bin Sheikh Fadhir
Timbalan Pengerusi Datuk Dr Shaikh Hussein Bin Mydin
Setiausaha Datuk Shah Headan Ayoob Bin Hussain Shah

Negeri PERAK
Pengerusi YB Dato’ Saarani Bin Mohamad
Timbalan Pengerusi Dato’ Hasbullah Bin Osman
Setiausaha Datuk Ahmad Shalimin Bin Ahmad Shaffie

Negeri WILAYAH PERSEKUTUAN
Pengerusi Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani
Timbalan Pengerusi Datuk Zainal Abidin Bin Mahd Rafique
Setiausaha Datuk Ramlan Bin Askolani

Negeri SELANGOR
Pengerusi YB Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Pengerusi Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Setiausaha Datuk Armand Azha Bin Abu Hanifah

Negeri NEGERI SEMBILAN
Pengerusi YB Data Seri Utama Mohamad Bin Hasan
Timbalan Pengerusi YB Datuk Ismall Bin Lasim
Setiausaha Dato Mustapha Bin Salim

Negeri MELAKA
Pengerusi Dato’ Seri Ab Rauf Bin Yusoh
Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohamad Ali Bin Mohamad
Setiausaha YB Datuk Hasan Bin Abdul Rahman

Negeri JOHOR
Pengerusi YB Dato Ir Hasni Bin Mohammad
Timbalan Pengerusi Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed
Setiausaha YB Datuk Samsol Bari Bin Jamali

Negeri KELANTAN
Pengerusi YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub
Timbalan Pengerusi Tan Sri Mahamed Fatmi Bin Che Salleh
Setiausaha Datuk Zaluzi Bin Sulaiman

Negei TERENGGANU
Pengerusi YB Dato Seri Mahdzir Bin Khalid
Timbalan Pengerusi Datuk Din Bin Adam
Setiausaha YB Dato Rozi Bin Mamat

Negeri PAHANG
Pengerusi YAB Datuk Seri Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Timbalan Pengerusi YB Dato’Hasan Bin Ariffin
Setiausaha Datuk Seri Ab.Hamid Bin Nazahar

UTAMAPOLITIKZahid umum Ahli Majlis Tertinggi lantikan dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium