26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Zahida Rafik: ‘Biarlah Tuhan yang hakimi saya’

SHAH ALAM – Artis Zahida Rafik yang menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal, terus menjawab siri mesej dihantar oleh peminat dan rakannya menerusi Twitter tetapi menegaskan, dia “tidak kisah dengan apa orang ramai” bercakap mengenai dirinya.

“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam.

Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis, yang dibuat oleh Noor Azman bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Sambil menekankan bahawa dia masih “kuat semangat”, Zahida berkata, orang ramai kemungkinan akan membencinya kerana isu semasa ini.

Bagaimanapun jelasnya, dia tetap sentiasa senyum kerana percaya pada dirinya dan juga Tuhan yang maha mengetahui semuanya.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa mesej yang agak ‘pedas’ telah dipadamkan daripada senarai mesej akaun beliau semalam.

Menjawab salah satu mesej, Zahida juga ada mengatakan bahawa “biarlah Tuhan yang menghakimi saya, kamu jangan jaga tepi kain saya okey.”

Walau bagaimanapun, melalui laman sosial Twitternya dia penah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dengan perkara ini, malah dia telah pun berunding dengan peguamnya bagi menuntut bela.

Melalui laman sosial Twitternya juga, Zahida juga ada dihina dan dilemparkan kata-kata yang tidak elok dan tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengannya.

Zahida tetap bersabar dalam menghadapi semua dugaan itu dan meneruskan semangatnya untuk terus menjawab soalan dan pertanyaan peminatnya.

Bagi Zahida, biarlah apa orang hendak menganggapnya kerana yang penting dia tahu akan dirinya yang sebenar.

Zahida turut mendapat simpati dan sokongan daripada segelintir pihak yang mengambil berat akan dirinya dan juga sentiasa bertanya akan perkembangan terbarunya mengenai isu semasa diri beliau.

Dikenali sebagai Azmir Husni laman sosial Twitternya beliau pernah berkata, “kepada Zahida, harap bersabar dengan dugaan fitnah-memfitnah ini, kita orang sokong dari belakang.”

Tidak lupa juga peminat Zahida yang lain dikenali sebagai Zarul Azwan yang turut bertanyakan khabar tentang Zahida dan juga menasihati Zahida supaya berbuat tidak endah sahaja dengan semua anggapan orang ramai itu.

Sehubungan itu, Zahida kini merasa lebih tenang dan tenteram kerana banyak pihak yang turut memberi sokongan dan dorongan terhadap dirinya mengenai isu ini.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan