24.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 7, 2021

Zahidi positif Covid-19, terima rawatan di Hospital Sungai Buloh

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat timbalan menteri itu dalam satu kenyataan yang menyatakan Zahidi menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Isnin lepas (11 Januari).

Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan pejabatnya, Zahidi telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25 Disember lepas yang keputusannya adalah negatif. — Bernama

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.