23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Zahrain Berkeras Kemuka Usul LGBT Menjadi Wakil Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim berkeras mahu Dewan Rakyat membincangkan usul bagi melarang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada menjadi wakil rakyat.

Menurut bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau akan mengemukakan semula usul mengenai perkara tersebut pada persidangan Dewan Rakyat sesi Jun depan.

“Saya bukannya ingin menghina golongan LGBT tetapi hanya ingin menetapkan pendirian bahawa golongan ini tidak layak untuk menjadi wakil serta pemimpin kepada rakyat negara ini dan tidak mahu Parlimen kita diperlekeh,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Katanya walaupun gagal membawa usul berkenaan pada sesi ini yang akan berakhir esok, namun beliau mahu mengemukakan semula usul itu menggunakan prosedur yang ada atas prinsip kepentingan rakyat.

Jelasnya beliau mendapat maklum balas daripada rakyat termasuk di pihak pembangkang yang mahu Dewan Rakyat membuat ketetapan tegas mengenai isu berkaitan moral itu.

“Ini memantapkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini dengan adanya sokongan dan dorongan daripada pemimpin PR yang berkongsi pendirian dengan saya mengenai isu ini.

“Mereka juga tidak mahu bersekongkol dengan golongan ini tambahan pula golongan ini telah melanggar ajaran Islam dan kita seharusnya berani tampil untuk menyatakan perkara yang benar,” katanya.

Pada 5 April lalu, Zahrain mengemukakan usul tergempar bagi melarang pengamal seks bebas dan songsang terutama golongan LGBT menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara namun ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (2) dan 23 (1)(c).

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan