23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Zaid ingatkan Saifuddin politik licik PKR

saifuddin-zaid

Fikir betul-betul, Datuk Saifuddin Abdullah telah diberi amaran oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menyertai PKR pada tahun 2009 tetapi keluar parti itu setahun kemudian.

“Saya tergesa-gesa untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat dan menerima padah. Beliau perlu lebih berhati-hati,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal undang-undang) itu kepada The Star Online.

Walaupun Saifuddin mengumumkan bahawa beliau telah menyertai PKR pada Khamis, yang akan menjadi aset besar kepada parti, Zaid berkata beliau kurang yakin bahawa dia boleh membuat parti pembangkang itu lebih kuat.

“Malah, (bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak mampu berbuat demikian,” katanya, dan menasihatkan Saifuddin untuk bermain selamat dalam parti baharunya.

Zaid merujuk kembali ketika beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR walaupun sedar dirinya pendatang baharu.

Beliau kemudiannya menarik balik pencalonannya, dituduh menipu dan salah laku pilihan raya oleh lawannya, Azmin Ali.

Zaid kemudiannya meletak jawatan dalam parti itu pada November 2010, kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.

Sebelum itu, Zaid dipecat daripada Umno pada tahun 2009 selepas menghadiri majlis pembangkang dan membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang.

Sebelum menyertai PKR pada hari Khamis, Saifuddin berdepan dengan tindakan disiplin Umno kerana menghadiri perbincangan meja bulat oleh pihak pembangkang pada hari ulangtahun parti itu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Walaubagaimana pun, Zaid percaya Saifuddin tidak akan menjadi seperti dirinya.

“Tidak, dia adalah seorang ahli politik yang lebih baik dan cekap. Bagaimana pun, keadaan telah berubah,” katanya.

Pada Khamis, Saifuddin berkata beliau menyertai PKR kerana merasakan bahawa beliau tidak sesuai dengan Umno dan Barisan Nasional, dan beliau tertarik dengan model berbilang kaum PKR.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan