Zairil Khir tidak menafikan, hanya sifatkan jadi mangsa politik longkang - pakdin.my

zairi-dyana-1 zairi-dyana-2

Beberapa laman blog hari ini menyiarkan gambar kemesraan antara Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dengan bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Rakaman gambar itu dipetik daripada laman sosial Facebook yang menggunakan nama serta wajah Zairil Khir yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, akaun Facebook itu yang memuatkan sebanyak 13 gambar `kemesraan’ antara Zairil Khir dengan Dyana Sofya yang juga Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dipercayai palsu.

Antara blog yang memuat naik gambar-gambar `kemesraan’ Zairil Khir dan Dyana Sofya itu adalah Badut Rakyat di http://badutrakyat.blogspot.com; SangKalaJari9 di http://sangkakalajari9.blogspot.com dan TheFlyingKick di http://theflyingkick.blogspot.com.

Dalam pada itu, Zairil Khir yang dihubungi langsung tidak menafikan gambar-gambar kemesraan antara beliau dengan Dyana Sofya seperti yang tersebar secara meluas di laman sosial tersebut.

Sebaliknya ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya menyifatkan `politik longkang di Malaysia semakin teruk’.

Malah, Zairil Khir juga tidak memberikan jawapan ketika ditanya sama ada mahu menafikan beliau merupakan individu di dalam gambar yang tersebar itu atau sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang.

Sebaliknya beliau berkata, ini bukan kali pertama beliau menjadi mangsa politik `longkang’ dan perkara itu berlaku disebabkan tiada isu lain yang boleh dibangkitkan.

“Telefon saya dulu pun pernah digodam,” katanya.

UTAMAPOLITIKZairil Khir tidak menafikan, hanya sifatkan jadi mangsa politik longkang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium