Zakaria letak jawatan Presiden, CEO FGV

Kongsi:

Nak salahkan Isa Samad juga ke?

Datuk Zakaria Arshad telah meletak jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, dengan peletakan jawatan itu, penggantungannya yang diumumkan sebelum ini telah berakhir.

Bagaimanapun, penyiasatan forensik yang dinyatakan dalam kenyataan FGV daripada lembaga pengarah pada 28 Ogos akan diteruskan.

Siasatan yang dimulakan pada akhir 2017 untuk melihat pelbagai transaksi yang menyebabkan FGV terdedah kepada kerugian besar, dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

FGV juga memberi jaminan bahawa perniagaan kumpulan akan diteruskan seperti biasa.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, Jawatankuasa Lembaga Khas 2 yang terdiri daripada empat Pengarah FGV, iaitu Pengerusi, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi dan Datin Hoi Lai Ping akan terus melaksanakan fungsi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV,” katanya.

Zakaria digantung tugasnya untuk kali kedua pada Khamis lalu.

FGV menjelaskan bahawa penggantungan itu berikutan berakhirnya siasatan dalaman mengenai 10 isu kritikal yang mengakibatkan kerugian kewangan bagi FGV dan pemegang sahamnya.

………..
http://pakdin.my/tag/fgv
http://pakdin.my/tag/felda

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

7 Replies to “Zakaria letak jawatan Presiden, CEO FGV

  1. ISA Samad sememangnya TALIBARUT MAD-dey didalam UMNO. Dia lebih dikenali sebagai Blue Eye Boy MAD-dey semasa MAD-dey berkuasa penuh dan masih berpengaruh besar didalam UMNO!!!!
    Kini setelah MAD-dey berkuasa semula, peluang Isa untuk menyocok jarum kedalam FELDA.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.