Zakaria letak jawatan Presiden, CEO FGV - pakdin.my

Nak salahkan Isa Samad juga ke?

Datuk Zakaria Arshad telah meletak jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, dengan peletakan jawatan itu, penggantungannya yang diumumkan sebelum ini telah berakhir.

Bagaimanapun, penyiasatan forensik yang dinyatakan dalam kenyataan FGV daripada lembaga pengarah pada 28 Ogos akan diteruskan.

Siasatan yang dimulakan pada akhir 2017 untuk melihat pelbagai transaksi yang menyebabkan FGV terdedah kepada kerugian besar, dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

FGV juga memberi jaminan bahawa perniagaan kumpulan akan diteruskan seperti biasa.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, Jawatankuasa Lembaga Khas 2 yang terdiri daripada empat Pengarah FGV, iaitu Pengerusi, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi dan Datin Hoi Lai Ping akan terus melaksanakan fungsi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV,” katanya.

Zakaria digantung tugasnya untuk kali kedua pada Khamis lalu.

FGV menjelaskan bahawa penggantungan itu berikutan berakhirnya siasatan dalaman mengenai 10 isu kritikal yang mengakibatkan kerugian kewangan bagi FGV dan pemegang sahamnya.

………..
https://pakdin.my/tag/fgv
https://pakdin.my/tag/felda

UTAMAPOLITIKZakaria letak jawatan Presiden, CEO FGV

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium