Zakat untuk LGBT?

“Cuma saya nak tanya kepada media, kenapa kumpulan ini sahaja yang disebut? kumpulan lain kenapa tak disebut? Saja nak sensasikan kah? Nasihat saya bertaqwalah kepada Allah. Jangan semata-mata mengejar sensasi & view yang tinggi”

1. Ia sebenarnya merupakan keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor. Jangan terlalu gopoh membuat andaian negatif. Fatwa ini terhasil dari tafsiran perkataan “al-Riqab” yang disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Taubah, ayat 60.

2. Al-Riqab dalam bahasa Arab adalah hamba. Dan asas zakat kepada “al-riqab” (seorang hamba) membawa maksud pembebasan hamba. Ini merupakan pendirian majoriti dari kalangan ulama.

3. Manakala sebahagian ulama yang lain antaranya mazhab Hanbali memperluaskan lagi tafsiran “al-riqab” kepada pembebasan tawanan perang.

4. Oleh itu, dapat difahami bahawa tafsiran Al-Riqab samada merujuk kepada maksud pembebasan Hamba semata-mata atau boleh diperluaskan tafsirannya.

5. Maka, atas dasar itu, sebahagian ulama kontemporari spt Muhammad Syaltut dari Mesir bahkan ilmuan2 Islam di Malaysia termasuk majlis2 fatwa peringkat beberapa negeri; memperluaskan tafsiran “al-riqab” dari pembebasan hamba kepada membebaskan siapa sahaja daripada BELENGGU.

6. Lantaran itu, Majlis Agama Islam negeri Selangor memberikan huraian pembebasan seseorg dari BELENGGU kepada beberapa kategori spt berikut:

(A)Masalah Sosial:

– Terbelenggu dengan dadah (penagih dadah dan bekas penagih dadah).

– Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah (minum arak, judi, zina, khalwat, mengandung luar nikah, buang anak, sumbang mahram, persetubuhan, muncikari atau ibu ayam, menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam, mempersenda al-Quran dan hadis serta lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995

– Terbelenggu dengan amalan salah Islam (tidak solat, tidak puasa, usaha membunuh diri dan hidup bersama pelacur)

– Terbelenggu dengan gaya hidup songsang (pelacur, lesbian, homoseksual, maknyah atau transeksual, biseksual, pengkid, tomboy, gigolo dan bersekedudukan dengan orang bukan Islam)

– Terbelenggu dengan kes juvana (gengster, jenayah melibatkan harta benda, pergaduhan melibatkan kecederaan, rompakan, pecah rumah, rogol, jenayah melibatkan senjata merbahaya dan ugutan melibatkan keganasan);

– Terbelenggu dengan penyakit kronik (HIV/aids, kanser/barah, tibi, hepatitis dan lain-lain).

(B) Masalah Akidah:

– Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat (doktrin palsu, mengaku menjadi Nabi, menghina Islam, dan pemujaan salah)

– Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong (orang yang ingin/berhasrat untuk murtad dan orang yang dalam proses istitabah).

7. Yang saya faham dari fatwa Majlis Agama Islam Selangor adalah PEMBEBASAN dari BELENGGU. Maknanya jika dia pelacur; utk membebaskan dia dari kancah tersebut, maka harus menggunakan wang zakat. Demikian juga hal-hal yang lain. Bukan pi cari pelacur, gay, lesbian, mak nyah, “meh sini nak bagi zakat”. Itu tafsiran yang tak betul.

8. Cuma saya nak tanya kepada media, kenapa kumpulan ini sahaja yang disebut? kumpulan lain kenapa tak disebut? Saja nak sensasikan kah? Nasihat saya bertaqwalah kepada Allah. Jgn semata-mata mengejar sensasi & view yang tinggi; sanggup jadikan isu2 agama sebagai topik yang membuka ruang kepada kritikan umum.

9. Kepada netisen, baca dan kaji sebelum membuat ulasan.

#talkgood

wallahua’lam

Dr Fathul Bari Mat Jahya
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

…………………
https://pakdin.my/video-10-golongan-songsang-layak-terima-zakat/

 

16 KOMEN

  1. ” Untuk memberikan kebajikan dan kasih sayang kepada LGBT yang
    bertaubat dan insafi, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang
    pada 14 Mei 2012 telah memutuskan Fatwa Jenis Penerima Zakat Asnaf Al Riqab

    Negeri Selangor adalah termasuk golongan ini. Di dalam fatwa tersebut telah
    dinyatakan mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan layak menerima bantuan
    zakat asnaf Al Riqab melalui perantaraan mana-mana institusi atau NGO Islam
    yang berfungsi memulih golongan LGBT ini agar dapat menjalani kehidupan
    sempurna secara Islam. ”

    Petikan Khutbah Jumaat
    bertarikh 22 Ogos 2018
    12 Zulhijjah 1439H
    ” Menangani LGBT ”

    Semoga ia menjadi pencerahan agar tidak salah ditafsirkan atau terus menfitnah.
    FATWA JENIS PENERIMA ASNAF AL-RIQAB NEGERI SELANGOR DAN APA-APA YANG BERKAITAN DENGANNYA

    Senarai jenis penerima agihan asnaf Al-Riqab berikut adalah layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam:

    (1) Masalah sosial:
    (d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:
    i. Pelacur.
    ii. Lesbian.
    iii. Mak Nyah (Transexual).
    iv. Gay.
    v. Homoseksual.
    vi. Gigolo.
    vii. Biseksual.
    viii. Pengkid.
    ix. Tomboy.
    x. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

    Bertarikh 14 Mei 2012

    Dengan Titah Perintah
    DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
    Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/

    sumber: http://www.muftiselangor.gov.my/images/pdf/koleksi_fatwa/2012/P.U.55.pdf

  2. Abang Nak Buat Pengakuan Walaupun Pahit Untuk Diperkatakan…

    Tolonglah Bantu Abang,Didik Abang Ke Jalan Yang Lebih Baik..
    Dan Tolong Jawab Pertanyaan Abang…?

    Abang Sebenarnya Seorang Gigolo…
    Juga Merupakan Seorang Gay Yang Sukakan Homoseksual Tapi Tetap Berkahwin Dan Abang Ada Dua Orang Bini…Seorang Islam Dan Yang Seorang Bukan Islam…Kami Duduk Serumah……

    Sekarang Abang Nak Tanya,….
    Mana Abang Nak Mohon Zakat?

    Kehhhhhhhhh!!!