25 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Zambry Dakwa Nizar Lulus Komponen Balak Tanpa Melalui J/Kuasa Balak @mbnizar

sidang dun perakIPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Jumaat mendakwa Datuk Seri Nizar Jamaludin meluluskan komponen balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.

Zambry mendakwa Mohamad Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.

“Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan. “Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) yang tidak berpuas hati kemudian bangun dan meminta Zambry menunjukkan bukti dakwaan itu.

“Saya ada bukti, bukan saya tidak boleh tunjuk,” kata Zambry sambil menunjukkan beberapa helai kertas.

Mohd Nizar turut mencabar Zambry untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya minta SPRM ambil dokumen ini selepas ini,” kata Zambry.

Mohd Nizar yang ditemui di luar dewan kemudiannya menafikan beliau pernah membuat kelulusan berkenaan tanpa melalui jawatankuasa itu.

Persidangan dewan yang berakhir hari ini meluluskan Belanjawan 2013 Perak berjumlah RM948.47 juta.

Isnin lepas, Zambry membentangkan belanjawan negeri dengan RM626.27 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM322.2 juta untuk perbelanjaan pembangunan.






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan