Zenith mohon maaf kepada Azeez Rahim - pakdin.my

Syarikat kontraktor, Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd memohon maaf dan menarik balik tuduhan rasuah ke atas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Abdul Azeez berkata, pihaknya menerima surat daripada peguam Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd melalui peguamnya semalam, menyatakan kekesalan syarikat tersebut berikutan berlaku salah guna nama beliau.

Menurutnya, susulan itu, beliau dan peguamnya akan berbincang semula sama ada akan menarik balik laporan polis yang dibuat atau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnahnya itu.

“Dengan surat pengakuan ini, ia menunjukkan saya tidak bersalah dalam hal ini dan semua yang dikatakan ke atas saya, hanya fitnah. Selain mengakui nama saya disalah guna, Zenith juga akan berusaha untuk membersihkan nama saya semula.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak terutamanya pembangkang, agar tidak terus menuduh saya dalam kenyataan mereka berhubung perkara ini. Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan ke atas mereka yang terus memfitnah saya,” katanya kepada media tadi.

Terdahulu, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis berhubung tuduhan kononnya beliau menerima bayaran RM3 juta dan surat tuntutan daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung kerja-kerja rundingan berkaitan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Abdul Azeez membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin.

https://pakdin.my/sprm-rampas-dokumen-dan-aset-datuk-terima-rm3-juta/

https://pakdin.my/skandal-terowong-pulau-pinang-sprm-tahan-datuk-abdul-jabrullah-kadersah-dakwaan-menerima-rm3-juta/

UTAMABERITAZenith mohon maaf kepada Azeez Rahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium