Zeti, Shukri disyaki perangkap Najib - pakdin.my

#RuleOfLawRimba #Mahazalim #MahaFiraun #PencabulanUndangUndang #DosaDosaMahathir #NegaraTomato

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didakwa bersubahat memerangkap Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy mendakwa, bekas Perdana Menteri itu diaibkan apabila kesahihan sumbangan Kerajaan Arab Saudi itu dipertikaikan sedangkan Zeti mengetahui identiti pihak yang memindahkan dana tersebut.

Raggie turut mendakwa sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Shukri terus ‘dinaikkan pangkat’ daripada orang nombor dua SPRM kepada Ketua Pesuruhjaya.


‘Zeti, Shukri didakwa perangkap Najib’
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/06/24/zeti-shukri-didakwa-perangkap-najib/

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didakwa bersubahat memerangkap Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy mendakwa, bekas Perdana Menteri itu diaibkan apabila kesahihan sumbangan Kerajaan Arab Saudi itu dipertikaikan sedangkan Zeti mengetahui identiti pihak yang memindahkan dana tersebut.

“Saya mengesyaki berlaku satu konspirasi di antara Zeti dengan Mohd Shukri untuk mengaibkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Waktu itu, Mohd Shukri sediakan satu kertas siasatan terhadap Najib yang jelas menunjukkan tiga perkara, iaitu pada waktu itu Zeti masih lagi gabenor telah mengesahkan beliau mengetahui identiti penyumbang RM2.6 bilion.

“Di dalam kertas siasatan itu juga menunjukkan bahawa Zeti mengesahkan duit itu adalah satu derma daripada Kerajaan Arab Saudi dan secara spesifiknya adalah satu urusan antara Perdana Menteri dan Putera Arab Saudi,” katanya pada sidang media di Pandan Kapital, Pandan Indah, di sini, hari ini.

Raggie selaku pemilik laman web The Third Force turut mendedahkan laporan kertas siasatan SPRM yang disediakan Mohd Shukri pada 2015 itu menunjukkan bahawa Zeti meminta sumbangan dari negara Timur Tengah itu dimasukkan ke dalam akaun Najib.

“Yang paling penting kertas siasatan itu mencadangkan atau menunjukkan bahawa Zeti yang telah meminta atau mencadangkan supaya dana atau duit derma itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib,” katanya.

Raggie turut mendakwa sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Shukri terus ‘dinaikkan pangkat’ daripada orang nombor dua SPRM kepada Ketua Pesuruhjaya.

Dakwanya lagi, sebaik sahaja Mohd Shukri mengetuai SPRM, beliau terus membuka kertas siasatan baharu ke atas Najib mengenai skandal syarikat pelaburan 1MDB.

“Setakat ini Najib telah dipanggil untuk disoal siasat dan Rosmah turut dipanggil memberi keterangan

“Sebaliknya sehingga ke hari ini, Tan Sri Zeti belum lagi dipanggil,” katanya.

Katanya lagi, Mohd Shukri tidak sewajarnya dilantik untuk mengetuai SPRM dan siasatan baharu itu, susulan kenyataan yang dibuatnya selepas seminggu pelantikan dengan mendakwa beliau pernah diugut ketika menyiasat skandal RM2.6 bilion itu.

“Oleh kerana Mohd Shukri diugut, maka beliau tidak sewajarnya untuk mengetuai siasatan SPRM baharu terhadap Najib dan 1MDB.

“Beliau tidak sepatutnya dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga nama beliau dibersihkan.

“Sepatutnya ada pihak ketiga yang dilantik untuk mengetuai SPRM dan menyiasat perkara tersebut,” katanya lagi.

Sumber: Malaysia Gazette


Rujukan:

https://pakdin.my/tag/zeti/

https://pakdin.my/tag/shukri-abdull/

UTAMAPOLITIKZeti, Shukri disyaki perangkap Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium