@zinmohamed : MB Selangor Tidak Beri Kerjasama Untuk Selesai Masalah Air – Mohd Zin - pakdin.my

Mohd Zin Mohamed

Kegagalan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kejasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah Klang.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

“Dalam hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.

“Oleh itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini pada Isnin.

Mohd Zin berkata kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.

 

 

 

UTAMABERITA@zinmohamed : MB Selangor Tidak Beri Kerjasama Untuk Selesai Masalah Air -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium