25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Zuraida dakwa Guan Eng luluskan dua projek RT bawah KPKT

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, mendakwa dua projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diluluskan secara rundingan terus (RT) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dikendalikan sendiri bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Zuraida dalam kenyataannya, hari ini mendakwa Guan Eng bertanggungjawab terhadap kedua-dua projek terbabit.

“Projek dimaksudkan ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin bernilai RM170,294,400 dan Sistem Perisian Perakaunan Century (RM501,206.37).

“Saya dengan ini mengesahkan bahawa rundingan terus berkenaan telah dijalankan oleh mantan Menteri Kewangan sendiri, Lim Guan Eng,” katanya.

Zuraida mendakwa, pemimpin PH cuba memutarbelitkan fakta dengan menuduh rundingan terus projek sisa pepejal Taman Beringin dimulakan oleh kementeriannya.

“Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah, Tamrin Tun Ghaffar, yang juga penyokong tegar PH mewakili syarikat itu untuk bertemu dengan mantan Menteri Kewangan pada 28 November 2018.

“Pada pertemuan inilah, Guan Eng bukan sahaja membincangkan rundingan semula projek ini, malah bersetuju untuk mengurangkan kos tipping fee 10 peratus lebih rendah daripada kos asal, kononnya sebagai penjimatan untuk kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, Guan Eng kemudian menasihati Bumi Segar Indah untuk menghubungi KPKT bagi membentangkan kertas cadangan formal.

“Projek berkenaan diluluskan Kementerian Kewangan di bawah Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT,” katanya.

Zuraidah menegaskan, projek perisian Century yang membabitkan lima kementerian lain turut diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Saya berharap, pada masa hadapan, pemimpin PH dapat membuat sedikit penyelidikan mengenai fakta sebelum mengelirukan orang awam,” katanya.

Kelmarin, Kementerian Kewangan mendedahkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Daripada jumlah itu, dua projek KPKT membabitkan jumlah RM170.79 juta.

https://web.facebook.com/ZuraidaKamaruddinP.99/posts/2521549324761718?__xts__

“Direct Nego” : Isu Sebenar Ialah Janji Manifesto PH
Kementerian Azmin, Zuraida masa PH turut tersenarai projek runding terus
Tidak Tahu Projek Runding Terus KPKT, Zuraida Akan Lakukan Siasatan

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...