MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Pelajar Sekolah Perempuan Methodist Paya Lebar, Sekolah Menengah Canberra & Sekolah Rendah Endeavour antara 6 jangkitan tempatan COVID-19

SINGAPURA: Sebanyak enam kes COVID-19 dalam masyarakat dilaporkan di Singapura pada Ahad (6 Jun).

Lima daripada kes-kes itu berhubung kait dengan kes-kes lalu.

Sebanyak 14 kes import turut dilaporkan hari ini dengan kesemua kes itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Secara keseluruhannya, 20 kes COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 17 daripadanya tidak bergejala dan dikesan menerusi pemantauan dan pemeriksaan secara proaktif. Baki tiga mengalami simptom.

KES TANPA HUBUNG KAIT

Satu-satunya kes dalam masyarakat tanpa sebarang hubung kait dengan kes-kes lalu melibatkan seorang pelajar Sekolah Perempuan Methodist Paya Lebar yang kali terakhir pergi ke sekolah pada 29 Mei.

Pelajar perempuan berusia 13 tahun itu mengalami anosmia pada 29 Mei namun tidak mendapatkan rawatan sehinggalah 4 Jun apabila dia mengunjungi Klinik Doktor Swasta (GP) untuk menjalani ujian COVID-19.

Hasil ujiannya positif COVID-19 pada 5 Jun. Hasil ujian serologinya belum lagi diperolehi.

4 KELOMPOK AKTIF TAMBAH SEKURANG-KURANGNYA 1 KES

Kelompok NTUC Foodfare di Anchorvale menambah lagi satu kes iaitu seorang lelaki warga China berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengendali mesin di Xinghe Knife Sharpening Service.

Beliau adalah anggota keluarga dan kontak serumah satu lagi kes COVID-19.

Beliau tidak mengalami simptom dan diuji bagi COVID-19 semasa menjalani kuarantin. Beliau diuji positif COVID-19 pada 5 Jun.

Kelompok pekerja penghantaran McDonald’s juga menambah satu lagi kes.

Kes itu adalah lelaki warga Malaysia berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pekerja penghantaran Pizza Hut di Bukit Merah dan menetap di Asrama Wanderloft Capsule.

Beliau diuji negatif sebelum ini pada 22 Mei ketika menjalani ujian pantas antigen (ART) dan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) di sebuah klinik GP.

Namun setelah beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada beberapa kes, beliau dikenakan kuarantin. Beliau tidak mengalami simptom dan didapati terjangkit COVID-19 semasa menjalani kuarantin.

Kelompok Tektronik menambah dua lagi kes melibatkan dua pelajar iaitu seorang pelajar dari Sekolah Menengah Canberra dan seorang murid Sekolah Rendah Endeavour.

Kedua-dua pelajar itu terjangkit COVID-19 semasa menjalani kuarantin setelah dikenal pasti sebagai anggota keluarga dan kontak serumah beberapa kes lalu.

Kes terakhir dalam masyarakat adalah seorang pesara warga tempatan berusia 79 tahun. Beliau terkait dengan kelompok kes 63931. Wanita itu merupakan anggota keluarga dan kontak serumah kes berkenaan.

KELOMPOK HOSPITAL TAN TOCK SENG, TERMINAL PASIR PANJANG DITUTUP

Memandangkan tiada kes baru yang terkait dengan kelompok Hospital Tan Tock Seng dan Terminal Pasir Panjang sepanjang tempoh dua inkubasi, kedua-dua kelompok tersebut kini ditutup.

KES IMPORT

14 kes import dilaporkan hari ini dengan 12 daripadanya adalah rakyat Singapura dan Penduduk Tetap Singapura (PR) yang pulang dari India.

Lagi dua kes melibatkan seorang pemegang pas kerja yang tiba dari Myanmar dan seorang lagi adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia untuk melawat ahli keluarganya yang merupakan rakyat Singapura.

KES SECARA KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, jumlah kes baru dalam masyarakat merosot dari 136 kes pada minggu sebelumnya kepada 116 kes pada minggu lalu.

Jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat juga merosot dari 23 kes pada minggu sebelumnya kepada 17 kes pada minggu lalu.

Dalam kalangan 168 kes yang disahkan antara 31 Mei hingga 6 Jun, 59 kes diuji positif bagi ujian serologi mereka, 79 diuji negatif dan hasil ujian serologi bagi 30 kes belum lagi diketahui.

Lagi 22 kes jangkitan COVID-19 dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhan, 61,635 kes sudah dibenarkan pulang daripada hospital atau kemudahan jagaan masyarakat.

Sebanyak 207 kes masih dirawat di hospital. Sebilangan besar daripada mereka dalam keadaan stabil atau sedang beransur pulih dan dua kini dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

321 kes sedang menjalani pengasingan atau dirawat di kemudahan masyarakat.

  • BERITAmediacorp/ha
# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas