MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[Video] Pegawai polis perlahankan kenderaan beri peluang keluarga beri pengormatan terakhir jenazah

KUANTAN – Tindakan memperlahan kereta peronda supaya ahli keluarga dapat memberi penghormatan terakhir semasa van jenazah melintasi rumah mangsa, diharapkan membantu menenangkan ahli keluarga yang tidak dapat menatap wajah insan tersayang buat kali terakhir.

Ketua Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong ASP Mohd Mustafa, 59, berkata beliau tidak menyangka tindakan yang dibuat secara spontan atas perasaan simpati dan ihsan sesama manusia semasa mengiringi jenazah di Kampung Janda Baik, Bentong pada 2 Julai lepas, tular di media sosial.

“Saya memandu sendiri kereta peronda itu dan kami menjemput van jenazah dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh di Tol Karak untuk ke Tanah Perkuburan Janda Baik di Bentong sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenazah pesakit COVID-19.

“Kurang satu kilometer dari tanah perkuburan, saya melihat ada yang menunggu di tepi jalan sebuah rumah dan terus terdetik di hati bahawa inilah rumah arwah…automatik saya berasa perlu untuk memperlahankan kereta supaya ahli keluarga dapat ‘melihat’ arwah walaupun hanya dari dalam van jenazah.

“Semakin hampir, saya lihat ramai menangis sehingga saya juga sebak lalu mencapai pembesar suara untuk mengucapkan salam dan memohon maaf kerana SOP jenazah perlu terus dibawa ke tanah perkuburan,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd yang sudah 27 tahun berkhidmat sebagai polis mengakui tidak menyangka dirinya juga mengenali Allahyarhamah yang berusia 86 tahun itu, memandangkan isterinya juga berasal dari Kampung Janda Baik.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui dengan jelas identiti jenazah yang diiringinya sebaliknya hanya menerima arahan untuk bersama-sama dua rakan setugas bagi mengiringi van jenazah itu pada 4 petang hari yang sama.

Beliau juga bersyukur kerana urusan pengebumian dipermudahkan, dengan semuanya selesai sebaik sahaja azan maghrib berkumandang.

“Saya hanya tahu ada yang merakam (tindakan memperlahan kereta) dan video itu tular apabila dihubungi oleh rakan sepasukan dari IPD Temerloh yang bertanya jika suara daripada kereta peronda itu adalah saya.

“Dia beritahu video itu sudah tular dan dah beribu yang menontonnya. Saya bimbang juga jika tindakan saya mendatangkan reaksi negatif kerana pada waktu itu, memang saya bersimpati dengan keluarga arwah,” katanya yang telah beberapa kali mengiringi jenazah pesakit COVID-19.

Mohd menambah sebagai manusia, beliau juga memahami rasa terkilan seorang ibu, bapa atau anak jika tidak dapat menguruskan ahli keluarga yang meninggal, buat kali terakhir.

Perasaan simpati itu juga menurut Mohd disebabkan beliau sering mengiringi pesakit COVID-19 yang dihantar ke pusat kuarantin di Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) di Bukit Tinggi, Bentong.

Semalam, video berdurasi seminit menunjukkan sebuah kereta peronda yang mengiringi van jenazah memperlahankan kenderaan semasa ‘melintasi’ ahli keluarga jenazah yang ‘berbaris di bahu jalan’ tular di media sosial.

Video itu mendapat reaksi positif warganet yang terharu dengan perasaan empati ditunjukkan polis kepada ahli keluarga terlibat.

Berkaitan

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Nahas di Hulu Selangor, pemandu lori pula meninggal dunia

Kematian Zayn Rayyan ‘mencurigakan’ – Pakar Forensik

3 kenderaan bertembung, 1 maut, 1 parah berhampiran Lembah Beringin

Terkini

Analisis Peluang Calon dalam PRK DUN Ayer Kuning 2025

Masyarakat Islam Yala ziarah kubur waris sempena tradisi Raya Nae (Enam)

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Peremajaan parti bukan mengenai umur semata – Mohamad

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Suspek maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

Legenda Bandar Ayer Itam: Dua Batu Ini Mempunyai Jantina!