MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

Jangkitan varian Delta hanya dalam 15 saat, sebabkan peningkatan kes harian

Jangkitan varian baharu COVID-19 termasuk varian Delta boleh merebak dengan cepat dalam masa hanya 15 saat melalui udara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya jangkitan melalui udara ini akan meningkatkan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti yang menyebabkan peningkatan kes harian.

“Peningkatan kes bukan hanya negara kita tetapi seluruh dunia terkesan dengan varian Delta termasuk negara jiran dan United Kingdom kerana varian Delta kini dominan menggantikan varian sedia ada. Kita lihat peningkatan kes sejak 26 Jun lepas…peningkatan ini kerana kadar kebolehjangkitan varian Delta yang begitu cepat.

“Kalau kadar kebolehjangkitan virus biasa antara 2.5 hingga 3 tetapi varian Delta dan varian yang kita kenal pasti adalah tinggi iaitu 5 hingga 8 kerana sifat virus berubah. Ertinya kalau 100 orang dijangkiti dalam tempoh masa terdekat akan jangkiti 500 hingga 800 orang,” katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Dr Noor Hisham, pelaksanaan kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara bermula 1 Jun lalu, telah memberi ruang dan masa kepada KKM untuk mengurus pertambahan katil, peralatan dan ubat-ubatan di hospital seluruh negara.

Katanya ini boleh dilihat melalui kemampuan kementerian menyediakan 4,300 katil setakat ini dengan 3,600 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selain menambah 700 katil di tiga hospital termasuk di Hospital Serdang.

“Inilah masa yang kita gunakan untuk melaksanakan perolehan dan juga memberi masa untuk fasiliti kesihatan menampung pesakit,” katanya.

— BERNAMA

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Terkini

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran