MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

COVID: Lebih 8,000 kes sejak gelombang baharu di Singapura, pesakit divaksin “tidak alami kesan teruk”

SINGAPURA — Sejak gelombang baharu jangkitan COVID-19 dikesan pada 23 Ogos, Singapura telah mencatatkan lebih 8,000 kes COVID-19.

Namun, pesakit “tidak mengalami kesan teruk” dengan lebih 98 peratus tidak mempunyai gejala atau bergejala ringan kerana kebanyakan mereka sudah disuntik vaksin COVID-19.

Hanya 10 daripada lebih 8,000 kes yang memerlukan rawatan unit rawatan rapi (ICU) sementara tiga meninggal dunia, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada sidang media maya hari ini.

“Tiada keraguan bahawa jika populasi kita tidak tampil dan divaksinasi dalam jumlah besar, kita akan menyaksikan lebih banyak kematian sekarang, dan sistem penjagaan kesihatan kita mungkin tidak mampu menampungnya.

“Tetapi kita telah dapat menghindarinya kerana liputan vaksinasi kita sangat tinggi,” kata Ong.

Pada 15 September, sejumlah 82 peratus penduduk Singapura lengkap dua dos vaksin COVID-19, dan 84 peratus lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Hari ini, pada hari ke-26 gelombang semasa, beliau berkata republik ini menjangkakan kes harian meningkat dua kali ganda setiap minggu “dari 100 hingga 200, menjadi 400, 400 hingga 800 dan sekarang dalam kitaran empat kali ganda.”

“Jadi, saya fikir kita perlu bersiap sedia yang kita kemungkinan akan melepasi angka 1,000 tidak lama lagi, dan itu di luar jangkaan.

“Ini adalah sifat tipikal gelombang jangkitan, yang biasanya berlangsung antara empat hingga lapan minggu atau 30, 40, kadang-kadang 50 hari,” katanya.

Ong berkata Singapura kini berada di landasan peralihan ke kehidupan kebiasaan baharu bersama COVID-19.

“Ia sudah tentu satu perjalanan penuh liku.

“Setiap negara yang memilih hidup bersama COVID-19 sama ada cepat atau lambat akan melalui  gelombang peralihan besar yang kita hadapi sekarang dengan kenaikan eksponen dalam kes harian,” katanya.

Menurut Ong, dalam pelan peralihan yang memiliki empat tahap Singapura berharap gelombang jangkitan ini akan berlaku kemudian, tetapi ia telah muncul lebih awal “terutama kerana Delta (varian) sangat mudah merebak.”

“Kita akan mampu mengharunginya hanya selepas memberikan vaksin lengkap kepada kira-kira 80 peratus populasi kita,” katanya.

Jumlah keseluruhan kes di republik ini setakat ini sebanyak 74,848 dengan 5,538 kes aktif.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas