MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] SPRM Tahan Lima Individu, Sita 1.6 Juta Liter Diesel Dan Wang Tunai RM3.7 Juta

Menurut Azam kesemua suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Sibu bagi proses permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009, selain Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

SIBU: Lima individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi milik persatuan nelayan serta membayar rasuah kepada penguat kuasa di Sibu, Sarawak sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan hari ini berkata tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 60-an ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sibu ketika hadir memberikan keterangan pada jam 4 petang 25 Ogos 2024.

Katanya, menerusi siasatan dan risikan SPRM, sindiket yang dipercayai sudah beroperasi sejak 2012 itu telah mengaut keuntungan sehingga RM400 juta dengan menjual minyak diesel bersubsidi untuk kegunaan nelayan kepada pihak luar pada kadar harga tertentu.

Katanya serbuan di sebuah depoh penyimpanan minyak yang terletak di Sungai Bidut turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan turut menyita dua tongkang, serta 30 tangki minyak membabitkan 1.6 juta liter diesel serta wang tunai RM3.7 juta.

“Mereka yang ditahan ini adalah empat pengusaha stesen minyak yang dipercayai menjadi dalang kegiatan penyeludupan minyak diesel itu serta seorang orang tengah yang dipercayai terbabit urusan jual beli dengan pembeli luar.

“Kesemua sitaan minyak diesel terbabit diserahkan kepada KPDN bagi tujuan penjualan semula kepada pelesen yang sah,” katanya.

Beliau berkata sindiket ini dipercayai telah memindahkan minyak diesel berkenaan daripada tangki-tangki yang dikhaskan untuk nelayan ke dalam tongkang yang berlabuh di depoh berkenaan.

“Kemudian, minyak daripada tongkang berkenaan dipercayai dipindahkan ke kapal-kapal milik pembeli dari negara luar pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa,” katanya.

BACA juga:

# Tag

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah