MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[TONTON] Sungai Golok ‘Mengepung’, penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta

Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dicatatkan melebihi paras bahaya iaitu 10.28 meter (bahaya 9.0 meter).

Walaupun langit cerah tanpa hujan, limpahan air Sungai Golok yang mula ‘mengepung’ beberapa kampung di Rantau Panjang di sini sejak pagi tadi memaksa penduduk bersiap-siaga menghadapi ancaman banjir.

Penduduk kini bagaikan berlumba dengan masa, berusaha menyelamatkan apa sahaja yang mampu sebelum arus banjir menelan segalanya.

Tinjauan di Kampung Tersang, Kampung Lubok Gong, Kampung Lanchang dan Kampung Tok Deh di sini mendapati penduduk bertindak pantas memindahkan kenderaan serta haiwan ternakan ke kawasan tinggi sebelum air terus naik.

Air naik dengan perlahan hari ini kerana hujan lebat tidak turun. Ini kali kedua banjir berlaku selepas hampir tiga minggu banjir gelombang pertama surut.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kampung Tersang, Siti Khadijah Osman, 17, berkata dia telah mengemas semua dokumen penting miliknya untuk menduduki peperiksaan itu esok termasuk buku nota dan pakaian sekolah.

“Air mula memasuki pekarangan rumah kira-kira 9.30 pagi tadi, saya bersama enam adik mengemas barang-barang yang ringan dulu sementara menunggu ayah dan ibu balik kerja petang ini,” katanya.

Siti Khadijah berkata kerja-kerja mengemas akan diteruskan termasuk memindahkan peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk ke atas rakit yang diperbuat daripada tong air di tepi rumah.

“Jika malam ini paras air semakin meningkat saya terpaksa menumpang di asrama sekolah untuk menduduki SPM esok,” katanya.

Melah Saifuddin, 90, dari Kampung Lubok Gong pula berkata anaknya telah beberapa kali membaiki titi di hadapan rumahnya sebagai persiapan menghadapi banjir.

Warga emas itu berkata titi sepanjang 50 meter yang menghubungkan ke jalan utama itu memudahkan mereka untuk melakukan rutin harian tanpa perlu mengharungi banjir yang biasanya sedalam lebih satu meter.

Sementara itu, berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dicatatkan melebihi paras bahaya iaitu 10.28 meter (bahaya 9.0 meter).

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah