MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kena tangkap khalwat lepas tengok bunga api

JAIM menahan seramai 13 orang terdiri tujuh lelaki dan enam wanita berusia antara 21 dan 60 tahun untuk siasatan lanjut sementara seorang orang yang disyaki (OYDS) wanita dijadikan saksi kes kerana bukan beragama Islam.

MELAKA – Seorang lelaki warga emas berstatus suami orang antara yang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Bandraya Melaka di sini, tengah malam tadi.

Lelaki berusia 60 tahun itu bersama seorang wanita warga Thailand berusia 42 tahun ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi Operasi Cegah Jenayah Syariah antara pukul 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lelaki itu ditahan kerana berdua-duan dengan pasangannya seorang perempuan yang bukan beragama Islam.

“Lelaki tersebut seorang peniaga dan telah berkahwin sementara pasangannya bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urut di Bandaraya Melaka. Hasil soal siasat mereka mengaku keluar berdua untuk menyambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api.

“Selepas itu mereka menginap bersama di sebuah hotel kerana penat dan telah lewat malam untuk pulang ke rumah masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Rahmad, operasi sempena sambutan tahun baharu itu membabitkan 42 pegawai penguat kuasa agama dan sebanyak 17 premis di sekitar Bandaraya Melaka dan Alor Gajah telah diperiksa.

Menurutnya, JAIM menahan seramai 13 orang terdiri tujuh lelaki dan enam wanita berusia antara 21 dan 60 tahun untuk siasatan lanjut sementara seorang orang yang disyaki (OYDS) wanita dijadikan saksi kes kerana bukan beragama Islam.

# Tag

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah