MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

Kira-kira 97 peratus responden mengakui cabaran dihadapi keluarga pada masa sekarang berkait kos hidup tinggi.

Peningkatan kos sara hidup dan kos membesarkan anak, masa aktiviti bersama keluarga semakin berkurangan, perlu melakukan dua pekerjaan demi meningkatkan ekonomi keluarga serta ketagihan penggunaan gajet dikenal pasti sebagai lima cabaran utama dihadapi setiap keluarga di Malaysia.

Lima cabaran itu dikenal pasti menerusi tinjauan pendapat umum dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) secara dalam talian membabitkan 5,430 responden berusia 18 tahun ke atas pada 7 hingga 30 November lalu.

Tinjauan itu dibuat sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2024 yang bertemakan ‘Kasih Keluarga, Jiwa Madani’ yang disambut pada November lalu.

Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga LPPKN, Encik Adzmel Mahmud, berkata kira-kira 41.8 peratus individu dalam kelompok usia berkenaan menganggap mereka tidak meluangkan masa mencukupi bersama keluarga disebabkan komitmen tinggi terhadap keperluan mencari rezeki berikutan peningkatan kos sara hidup masa kini.

“Purata durasi mereka meluangkan masa bersama keluarga dalam sehari adalah 7.5 jam pada hari biasa, manakala pada hujung minggu sebanyak 13.4 jam. Antara punca mereka kurang bersama keluarga adalah disebabkan kekangan waktu bekerja dan perhubungan jarak jauh (PJJ).

“Malah, individu yang menyara keluarga pula terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk meningkatkan ekonomi keluarga susulan perlu menanggung kos sara yang tinggi.

“Justeru, inilah antara menjadi cabaran utama keluarga masa kini, sekali gus mendorong ramai individu dewasa tidak mempunyai masa terluang bersama orang tersayang,” katanya.

Encik Adzmel berkata dalam tinjauan sama, kira-kira 62.2 peratus daripada 5,430 responden terbabit mengakui masalah itu disebabkan kekangan waktu bekerja.

“Kira-kira 16.5 peratus responden mengaitkan masa tidak mencukupi itu disebabkan kekangan masa dan 8.7 peratus didorong faktor PJJ.

Beliau berkata kekangan masa itu turut mendorong kira-kira 38.9 peratus responden mengatakan mereka terpaksa melakukan dua pekerjaan pada satu masa kerana perkara berkenaan antara lima cabaran utama yang dihadapi keluarga ketika ini.

“Selain itu, kira-kira 97 peratus responden mengakui cabaran dihadapi keluarga pada masa sekarang berkait kos hidup tinggi,” katanya.

Beliau berkata daripada tinjauan sama, kira-kira 71.6 peratus mengatakan mereka terkesan dengan peningkatan kos membesarkan anak, diikuti 41.6 peratus menyatakan masa untuk aktiviti keluarga semakin berkurangan disebabkan tanggungan semakin mencabar.

“Faktor ketagihan penggunaan gajet juga menyumbang cabaran menguruskan keluarga dengan ia merangkumi 33.2 peratus daripada cabaran utama itu,” katanya.

# Tag
Berkaitan

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas